Dramatari Vision of Forever, memaparkan kisah-kisah penuh peristiwa berdasarkan repertoire Odissi yang dipilih oleh Ramli Ibrahim, hasil garapan tiga guru utama tradisi klasik ini, iaitu Durga Charan Ranbir, Gajendra Kumar Panda dan Deba Prasad. Pada waktu yang sama, Ramli Ibrahim telah menterbalikkan dengan baik repertoire berkenaan mengikut gayanyayang tersendiri, dan menyusun komposisi secara berkumpulan. Sutra meneruskan kesinambungankarya-karya ini lebih daripada 25 tahun.
Beberapa aksi istimewa akan dipersembahkan di dalam program ini seperti Rageshri Pallavi yang ditarikan oleh Ramli dan bintang Sutra, Revathi Tamilselvam. Vision of Forever juga mengenengahkan tarian Dasamahavidhya oleh Guna dan penari-penari Sutra. Ardhanariswara, sebuah lagi karya istimewa yang menampilkan Ramli, yang dianggap sebagai seorang penari Odissi terbaik lelaki di dunia, bersama Rathimalar, penari senior Sutra dan bekas Shobaba Jeyasingh Dance Company (London).
Pelakon/Artis
:
Ramli Ibrahim, Guna, Rathimalar & Sutra dancers
Tenaga Produksi
:
Pengarah Artistik Ramli Ibrahim
Pereka Cahaya & Set Sivarajah Natarajan
Tiket
:
RM52, RM72 & RM102
RM100 & RM300 - Malam Gala (jemputan) (24 April 2010 - Sabtu)