
Tajuk: Teater Tun Abdul Razak
| Kategori | : | Teater |  |
| Tempat | : | Panggung Sari |
| Tarikh | : | 16 - 20 Ogos 2009 |
Sinopsis | : | Bersempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-52 tahun, ASWARA akan mementaskan sebuah Teater Muzikal ‘Tun Abdul Razak’ mulai 16-20 Ogos 2009 di Panggung Sari, Istana Budaya. Pementasan ini adalah berdasarkan pementasan kecil Muzikal Tun Abdul Razak di bawah slot Gema Merdeka yang pernah dipentaskan di Panggung Eksperimen, ASWARA pada 20-23 Oktober 2008. Sehubungan itu, Muzikal Tun Abdul Razak yang bakal dipentaskan di Istana Budaya adalah sebuah produksi yang dikembangkan idea dan penceritaannya daripada pementasan asal dengan menyambut saranan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak semasa menonton slot pada 22 Oktober 2008 yang lalu. Muzikal Tun Abdul Razak ini bakal menghimpunkan artis dan tenaga kreatif yang terdiri daripada graduan-graduan ASWARA, di mana ia akan memberi satu cabaran dan peluang kepada lulusan ASWARA untuk mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di dalam seni persembahan. Produksi ini juga adalah sebahagian daripada usaha untuk menghimpunkan keupayaan kreatif yang dihasilkan oleh ASWARA. Selain daripada penglibatan para graduan, produksi ini turut akan melibatkan artis-artis profesional, pensyarah dan para pelajar ASWARA.
|
Tema Dan Konsep Persembahan | : | Teater ini bertemakan Nasionalisme yang mengisahkan perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang Allahyarham Tun Abdul Razak kepada agama, bangsa dan Negara. Sepanjang riwayatnya, beliau melalui detik jatuh bangun yang membawa kepada pembinaan sebuah negara yang dihormati di peringkat Tun Abdul Razak antarabangsa. Tiga persoalan utama yang diungkap di dalam persembahan teater ini, iaitu: - Perjuangan
- Perpaduan
- Kekeluargaan
Teater muzikal ini bakal menghimpunkan elemen-elemen utama dalam seni persembahan seperti muzik dan nyanyian, gerak dan tari, lakonan, senireka pentas dan suntikan kekaguman. Teater ini akan mengimbau detik awal perjuangan Allahyarham sehinggalah detik-detik terakhir kepimpinan beliau yang telah meninggalkan kesan sehingga ke hari ini. Beberapa peristiwa sebenar akan diangkat ke pentas sebagai mengembalikan ingatan khalayak kepada sejarah tanahair dalam bentuk yang lebih dramatik. Tempoh persembahan tidak melebihi 2 jam persembahan. Persembahan terbahagi kepada 4 segmen iaitu: - TUN ABDUL RAZAK DAN AWAL KEPIMPINAN
- TUN ABDUL RAZAK SEBAGAI PERDANA MENTERI
- KEMUNCAK PENTADBIRAN TUN ABDUL RAZAK
- HARI-HARI TERAKHIR TUN ABDUL RAZAK
|
Tiket | : | Para penggemar pementasan teater boleh mendapatkan tiket-tiket melalui laman web www.ticket2u.biz. Tiket-tiket boleh didapati dengan kadar RM30.00 dan RM50.00 untuk persembahan pada waktu malam (16-20 Ogos 2009). Para pelajar sekolah Menengah juga boleh mendapatkan harga tiket RM11.50 pada pementasan matinee jam 3.00 petang pada 17-18 Ogos 2009 dan persembahan waktu malam pada 16-20 Ogos 2009. |
Paparan : 710
Tarikh Akhir Dikemaskini : 10 Ogos 2009