Laman Utiliti

  Tema Latarbelakang
       Latarbelakang asal Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
  Saiz Teks
imej_hurufkecil imej_hurufbesar imej_reset imej_suara
  Warna Tema
Tema Biasa Tema Hitam Tema Biru Tema Coklat


Box Office
imej pencetak imej envelop

 

 

WAKTU OPERASI

 

Kami memberikan anda perkhidmatan yang baik dan mesra setiap kali anda mengunjungi Istana Budaya.
Jika ingin menyaksikan acara atau persembahan, anda boleh membuat tempahan melalui telefon atau boleh datang ke Box Office kami. Waktu beroperasi Box Office adalah seperti berikut:

Isnin-Khamis : 9.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu  : 9.00 pagi - 1.00 petang atau
    7.00 malam - 9.00 malam * (jika terdapat persembahan pada Sabtu tersebut)
Ahad/Cuti Am : Tutup

* Waktu Urusan tersebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.


Box Office
Istana Budaya,
Jln Tun Razak                                                            
50694 Kuala Lumpur
Tel     : 603-4026 5558
Faks   : 603-4026 5552
E-mel : boxoffice@istanabudaya.gov.my
Tempahan On-line : www.ticket2u.biz


SYARAT - SYARAT JUALAN TIKET


Tempahan Tiket


Tiket yang ditempah melalui telefon, faks atau di kaunter perlu diambil dan dibayar dalam masa tiga hari selepas tempahan dibuat.  Tiket-tiket yang telah ditempah sekiranya tidak diambil pada masa dan waktu yang ditetapkan akan terbatal dan Istana Budaya berhak menjualnya semula.

Bayaran


Bayaran adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). Cek tidak diterima. Pembelian menerusi telefon dengan menggunakan kad kredit dibenarkan. Sila hubungi 03-77262002. Bayaran tambahan RM1.50  dikenakan ke atas setiap tiket (sama ada dengan kad kredit atau pembelian terus di kaunter). 

Konsesi


Potongan harga tiket sebanyak 20% diberikan kepada warga tua (55 tahun ke atas), orang kurang upaya dan pelajar (dengan kad pelajar yang sah) untuk produksi terbitan Istana Budaya sahaja. Sila hubungi Box Office terlebih dahulu untuk mengetahui konsesi tersebut.

"Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada Box Office segala keperluan anda sewaktu membuat tempahan atau membeli tiket"

 

 

 

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 03 April 2011