ARTIS BUDAYA Permohonan adalah dipelawa daripada semua kaum warganegara Malaysia yang berkelayakan, berbakat dan mempunyai daya kreativiti bagi mengisi jawatan Artis Budaya di Istana Budaya. Syarat lantikan adalah seperti berikut: Syarat Lantikan : Calon hendaklah memiliki syarat kelayakan berikut: i) Warganegara Malaysia. ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh temuduga jawatan. iii) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang tarian dan nyanyian. iv) Mempunyai rupa paras yang menawan. v) Ketinggian 165 cm dan berat 52 kg bagi wanita, 170 cm dan berat 61 kg bagi lelaki. Permohonan boleh dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di www.spa.gov.my. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-2046 5555 atau email kepada info@istanabudaya.gov.my. *HANYA MEREKA YANG MEMENUHI SYARAT SAHAJA AKAN DITEMUDUGA! |
Tarikh Akhir Dikemaskini : 04 April 2011