TEATER TRADISIONAL (MAKYUNG SERI NILAM)

KUMPULAN MAKYUNG SERI NILAM, ISTANA BUDAYA

Kumpulan Makyung Seri Nilam Istana Budaya telah ditubuhkan pada tahun 2005 oleh Istana Budaya, dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan. Ianya selaras dengan pengikhtirafan Makyung sebagai salah satu Kesenian Warisan Dunia (World Heritage) oleh UNESCO pada bulan November 2005. Kumpulan ini pernah dijemput untuk mengadakan persembahan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York (2007) dan Ibu pejabat Unesco di Paris(2008) disamping turut mengadakan persembahan jelajah diseluruh Semenanjung Malaysia dan dianggotai oleh Artis budaya Senior  dan Pemuzik Tradisional Istamuzika, Istana Budaya yang berpengalaman.

 

Ia dibimbing oleh guru dan Perimadona makyung iaitu Puan Fatimah Abdullah yang juga merupakan pensyarah makyung di ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan). Kumpulan ini diketuai oleh Rosnan Rahman yang merupakan satu-satunya pakyung lelaki dalam teater tradisional makyung pada masa sekarang.

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms