SOALAN LAZIM

 

1. Berapakah jumlah tempat duduk yang terdapat di Panggung Sari?

Terdapat sejumlah 1421 buah tempat duduk dan jumlah ini mungkin berkurangan bergantung kepada jenis acara dan persembahan.

 

2. Bagaimanakah untuk ke Istana Budaya?

 
Dengan Light Rail Transit (LRT): Monorail Line & Ampang Line turun di Stesen Titiwangsa.
 
Teksi
Sunlight 1300-800-222 (CAB)
 
Warisan Radio Taxi +603-7983 3007 / +603-7983 7983
 
Public Cab +603-6259 2020 (Town Taxi), +603-6259 1913 (Maxi Cab)
 

3. Bilakah Istana Budaya dibuka?

Istana Budaya dibuka pada tahun 1994 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed.

 

4. Berapakah keluasan Istana Budaya?

Istana Budaya berkeluasan 5.44 hektar dengan ruang lantai yang berukuran 21,000 meter persegi.

 

5. Istana Budaya dimiliki oleh?

Istana budaya merupakan salah sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Sektor Kebudayaan di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah untuk mempromosikan kebudayaan dan kesenian di Malaysia.

 

6. Bagaimana saya boleh membeli tiket?

Anda boleh mendapatkan tiket secara atas talian (rujuk di sini) atau di kaunter Box Office, Istana Budaya pada ketetapan berikut:
 
Isnin-Jumaat:9.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu/ Ahad/ Cuti Am:9.00 pagi - 1.00 petang atau 7.00 malam - 9.00 malam (jika terdapat persembahan pada hari tersebut)
 
Waktu Urusan tersebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Untuk maklumat lanjut berhubung pembelian tiket, sila hubungi +603-4026 5558.

 

7. Berapakah harga tiket?

Harga tiket ditentukan oleh pihak produksi setiap persembahan dan biasanya di antara RM20 - RM250 bergantung kepada jenis persembahan.

 

8. Adakah kemudahan disediakan untuk pengunjung yang kurang upaya?

Istana Budaya dilengkapi dengan kemudahan untuk meraka yang berkerusi roda, termasuklah laluan untuk ke ruang legar, lif berbutang rendah, serta ruangan khusus di Balai Hadapan. Kami juga turut menyediakan tandas uniseks untuk mereka yang kurang upaya di Balai Hadapan dan Balai Utama.

 

9. Apakah kod pakaian yang khusus untuk menonton persembahan di Istana Budaya?

Untuk persembahan Orkestra dan Koir, anda perlu memakai 'lounge suit', baju Batik atau kemeja lengan panjang. Bagi persembahan teater dan tarian pula, anda perlu mengenakan pakaian yang kemas. Seluar jean lusuh, t-shirt leher bulat, pakaian yang terlalu terdedah, seluar pendek, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan.

 

10. Wujudkah tempat untuk meletakkan kenderaan?

Terdapat banyak ruang untuk meletakkan kenderaan disediakan percuma.

 

Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-

Unit Perhubungan Awam
Istana Budaya
No. Telefon : 03-40265549/03-40265560
No. Fax : 03-40265552

Atau ajukan soalan anda ke Sistem Pengurusan Maklumbalas

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : Julai 2014

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms