Laman Utiliti

  Tema Latarbelakang
       Latarbelakang asal Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
  Saiz Teks
imej_hurufkecil imej_hurufbesar imej_reset imej_suara
  Warna Tema
Tema Biasa Tema Hitam Tema Biru Tema Coklat


Siti di Alam Fantasi
imej_toxtToSpeech imej pencetak imej envelop = ikon PDF

 


  

Tajuk : Siti di Alam Fantasi
     
Produksi : Istana Budaya
     
Kategori : Teater
     
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
     
Tarikh : 22 - 31 Disember 2010
     
Masa :

8.30 malam

     
Sinopsis :     Siti seorang budak perempuan yang cantik tetapi sombong. Bapa Siti, Tuan Malim meraikan hari jadi Siti di suatu majlis yang meriah, tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan keluarga Siti. Guruh berdentum dan kilat sabung-menyabung. Rumah Tuan Malim dan  semua tetamu menjadi kaku. Mamat, anak tukang kebun diberi amanah menjaga Siti. Gergasi Batu membuka rahsia; kekayaan datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri, kelak papa kedana hingga tujuh keturunan. Gergasi Batu menelan Siti dan Mamat. Mereka memulakan pengembaraan mencari geliga. Mereka berjumpa dengan Pokok yang membawa ke tempat pembuangan sampah di mana Lipas-lipas sedang bertemasya.

    Selepas bertanya arah, Ketua Lipas berpesan; jalan kanan jangan ke kiri. Oleh kerana sikap sombong yang tidak mendengar arahan, Siti berdegil untuk masuk ke jalan kiri. Seekor Sesumpah sudah menunggu untuk memakan mereka. Mereka lari dan bertemu dengan Burung Bayan yang patah kepak. Siti tidak menaruh belas kasihan malah lebih suka jika Burung Bayan mati dimakan binatang. Hati Siti yang jahat dan sikapnya yang sombong menyebabkan siti berbunyi keldai. Mereka meneruskan pengembaraan sehingga bertemu dengan Si Kelip Api yang sanggup berkorban memberikan lampu sebagai penyuluh jalan.

    Kemudian mereka bertemu dengan Ulat Bulu yang ponteng sekolah, dan dihukum campak ke sarang Ratu Labah-labah untuk dijadikan hidangan istimewa. Siti diculik Raja Katak yang memaksa Siti berkahwin dengannya. Permaisuri-permaisuri Katak yang marah telah mencampakkan  Siti ke laut dan bertemu dengan Ratu Duyung. Ratu Duyung memberitahu pencuri gekiga adalah Lipan. Maka berlakulah perebutan dan pertarungan sengit yang mencemaskan di antara Siti dan Lipan.

    Berkat pertolongan kawan-kawan yang setia, Siti berjaya mendapatkan semula geliga. Burung Bayann yang baik hati terkorban. Begitu juga dengan Sesumpah yang menyelamatkan Siti dari di sengat oleh Lipan. Siti juga telah melepaskan Sesumpah dari sumpahan dan Sesumpah menjadi Putera Raja semula. Akhirnya, tetamu yang kaku kembali seperti sediakala. Pengalaman pengembaraan mengajar Siti berhati mulia, kesetiaan Mamat dan pengorbanan binatang lain melunturkan kesombongannya. Siti menyedari bahawa "selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang, kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selamanya."
       
Tenaga Produksi :

Pengarah/Penulis Skrip - Aminah Rhapor

Pengarah Artistik - Irwan Ismadi Shahrim

Pengarah Muzik - Datuk Suhaimi Md. Zain (Pak Ngah)

Pengarah Tari - Datin Sharifah Mahani

Pengarah Kesan-kesan Khas - Jamaluddin Md. Noor

Pengarah Teknikal - Mohd Yusoff bin Kassim

     
Pelakon :

Liyana Jasmay - Siti

Fizo Omar - Putera @ Ketua Lipas

Vanida Imran - Ratu Labah-labah

Johan Raja Lawak - Pokok

Ebby Yus - Mamat

Datin Paduka Umie Aida - Permaisuri Katak

Ziela Jalil - Permaisuri Katak

Lokman Ghani - Tuan Malim

Che Kem - Ulat Bulu 1

Abdul Mutalif Abu Bakar - Ulat Bulu 2

Mas Muharni - Bayan

Jamal Mohamad Equash - Putera Katak

Nurul Ain Othman - Ahli Sihir

     
Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150
     
Tempahan Tiket : Box Office
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur

Tel: 03-4026 5558
     
Tempahan/Pembelian Online : www.ticket2u.biz

Hotline : 03-41498600
     
 Etika Penonton
   

 

Bookmark and Share
Paparan : 912
Tarikh Akhir Dikemaskini : 24 Disember 2010