 |
| | Tajuk | : | Singing Market The Musical |
| | Produksi | : | Musical On Stage Production |
| Kategori | : | Teater |
| Tempat | : | Panggung Sari, Istana Budaya |
| Tarikh | : | 30 Oktober - 12 November 2010 |
| Masa | : | 3.00 petang & 8.30 malam |
| | | |
| Sinopsis | : | Muzikal menarik ini berlatarbelakangkan zaman 70 an membawa kita kembali kepada nostalgia melodi klasik yang memiliki sifat tersendiri, cerita yang menarik dan rekabentuk retro juga warna yang menawan.
Cerita ini memberi tumpuan kepada sekumpulan peniaga di pasar yang dipaksa untuk membuat persembahan pada Pesta Makan Malam Hantu Cina pada saat - saat terakhir. Isteri pengerusi pengelola iaitu Hua Jie pula secara diam - diam telah mengambil wang persatuan untuk berjudi dan merahsiakan isu ini dari pengetahuan suaminya.
Kumpulan yang sepatutnya membuat persembahan telah dibatalkan khidmat mereka. Hua jie pula cuba untuk menutupi masalahnya dengan cuba mendapat khidmat daripada penyanyi yang sudah bersara. Mereka adalah adik beradik Wen Wen dan Yen Yen. Mereka diminta untuk melatih penyanyi baru supaya mereka layak dan lulus untuk membuat persembahan pada Pesta Hantu Cina.
Misi sulit mereka bermula apabila mereka berjaya mendapat bantuan daripada penjual ikan , penjual mee “Ah Sau” , penjual sayur “Aunty” , pemilik kedai kedai kopi bersama sepupunya yang pemalu untuk bersiap sedia selama 2 minggu. Adakah mereka akan berjaya ?
Mereka telah berjaya mencipta satu kumpulan yang mempersembahkan “Prince Siddharta” , “Above Full Moon” , “Jewel of Tibet” dan “Kita”. “Singing Market” pula mempamerken penyanyi Malaysia yang terkenal di televisyen iaitu Yang Wei Han , Summer Grace , TP Lim dan pemenang pertandingan menyanyi Astro Classic Golden Melody |
| | | |
| Tiket | : | RM68, RM118, RM138, RM168 & RM198 |
| | | |
| Tempahan/Pembelian Online | : | www.axcess.com.my Hotline : 03-77115000 |
| | | |
| Pertanyaan | : | 012-6323033 / info@musicalonstage.com |
| | | |
Etika Penonton | | |
Paparan : 479
Tarikh Akhir Dikemaskini : 16 November 2010