SENIBINA

 

imej_lobi1

imej_lobi2

imej_lobi5

 

 

Keunikan senibina ISTANA BUDAYA bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan Melayu. Dilihat dari atas, bangunan ISTANA BUDAYA berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula seperti sirih junjung – lambang pemula upacara yang sering digunakan didalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu.

Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama – serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Tangga untuk ke Panggung Sari berkonsepkan tangga tradisional rumah Melayu Melaka

 

 

Laluan masuk utama ke Panggung Sari melambangkan pintu masuk utama ke Balairong Seri Istana Kesultanan Melayu di Zaman Silam. Lobi teater di tingkat tiga  menyerupai rekabentuk rebana ubi – gendang tradisional Melayu. Sebaik sahaja anda berada di dalam Panggung Sari, anda seakan-akan berada di dalam istana di zaman silam. Anjung orang kenamaan di kanan dan kiri mengambil konsep jendela rumah Melayu.


 

 

Panggung sari mampu menempatkan 1421 orang pada satu-satu masa, termasuk 796 orang di Balai Sari Penghadapan di tingkat satu. Manakala Balai Sari Utama boleh menempatkan 322 di tingkat dua dan 303 orang di Balai Sari Peninjau di tingkat tiga. Ruang orkestra pula boleh menempatkan 98 orang apabila tidak digunakan. Kesemua tempat duduk adalah bernombor. Lampu kecil dilantai memudahkan para penonton mengenalpasti tempat duduk mereka.

 

 

Untuk melihat galeri foto sila klik disini.

 


Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Jun 2010

 

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms