SAMBANTHAN

 

Kategori : Teater
Tarikh : 29 Febuari 2008
Masa : 8.31 Malam

 

Malaysia suda 50 tahun merdeka! Dalam kita mengecapi kebahagiaan dan mara kehadapan dengan harapan untuk memajukan yang lebih cemerlang serta kekukuhan perpaduan yang lebih erat, kita mesti mengambil sedikit masa untuk berpaling kebelakang untik mengenali Malaysia dengan lebih mendalam. Malaysia tersipta dengan Sejarah yang mengajar kita memahami segalanya dan nyata membimbing kita kearah kejayaan.

Beberapa personality yang agung telah menjadi tunjang kejayaan dalam mencipta Malaysia yang unit dan Muhibbah. Di antara pemimpin yang agung yang menyerlah pada ketika itu ialah Tun V.T.Sambanthan bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman dan beberapa tokoh lain, beliau telah bergabung tenaga menyedarkan bangsa untuk bebas dari cengkaman penjajah.

“SAMBANTHAN” ialah satu pementasan yang didedikasi khas untuk mengenang jasa serta sumbangan Tun V.T.Sambanthan kepada Negara dan bangsa. Anak kelahiran Sg.Siput ini sentiasa menguntumkan senyuman kepada semua dan berhati mulia. Beliau bukan sahaja tinggi dari segi fizikal tetapi juga perkerti tinggi. Tun V.T.Sambanthan adalah seorang pemimpin yang berjiwa Malaysia.

Sebagai Presiden MIC yang ke-5 dan salah seorang pengasas kemerdekaan, Tun V.T.Sambanthan berperanan penting dalam mengwujudkan Perlembagaan Malaysia pada tahun 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Tun V.T.Sambanthan merupakan seorang pemimpin yang berkaliber, mempunyai visi dan mementingkan keutuhan Malaysia. Beliau merupakan seorang pemimpin yang amat disegani bukan sahaja kerana sumbangannya kepada masyarakat India tetapi kerana kepercayaan dan ketaatannya kepada Malaysia dengan sepenuh jiea dan raga.

 

Tempat
Auditorium Tunku Abdul Rahman, Malaysia Tourism Centre (MTC)

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms