|
|
konsert 1 suara
Konsert Satu Suara menggabungkan dua ikon seni muda berbakat besar, Aizat dan Faizal Tahir yang akan berganding bahu menjayakan persembahan ini. Konsert ini merupakan satu inspirasi kepada anak muda untuk mencontohi dua artis ini kerana dengan kesungguhan dan bakat yang dimiliki tidak mustahil untuk mencapai segala impian dalam hidup. Apa yang mahu ditonjolkan dalam konsert ini bukan sahaja kehebatan persembahan mereka tetapi lebih kepada satu tanggungjawab untuk meremajakan khalayak penonton serta artis yang bekarya.
Aizat dan Faizal Tahir bukan saja dikenali sebagai penyanyi tetapi mereka mempunyai bakat yang besar dalam bidang penciptaan lagu dan lirik, malah boleh bermain alat muzik. Selain itu profil kejayaan mereka juga hampir sama apabila mendapat penghargaan dalam pelbagai anugerah sama ada dari dalam dan juga luar negara.
Bakat yang seimbang ini telah menarik minat Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd. untuk menampilkan mereka di satu pentas dengan penampilan istimewa Dato’ Siti Nurhaliza. Gandingan mereka ini dilihat sebagai satu platform bahawa muzik tidak mengira usia, kejayaan ataupun genre muzik yang dibawakan. Konsert Satu Suara memberi peluang kepada Aizat dan Faizal Tahir untuk muncul dalam segmen solo mereka seterusya dipertemukan dalam segmen duet. Mereka juga akan muncul dalam segmen trio bersama Dato’ Siti Nurhaliza sebelum meneruskan persembahan hingga berakhirnya konsert.
Konsert ini diarahkan oleh Jennifer Thompson dengan menggunakan tujuh orang pemuzik profesional di bawah pimpinan Pengarah Muzik Sze Wan serta dua puluh pemain strings (Orkestra Simfoni Kebangsaan).
Tiket : RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300. Tempahan/Pembelian Online: www.ticket2u.biz
Paparan : 592 Tarikh Akhir Dikemaskini : 26 Februari 2010 |