Konsert berskala penuh Orkestra ini merupakan suatu transformasi Amy dari mula kemunculannya sejak hampir 3 dekad lalu dalam industri seni Muzik Malaysia. Malah, beliau turut berjaya menghimpun jutaan pencinta muzik dan karya beliau bersama kumpulannya, Search di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Kejayaan itu meletakkan mereka satu-satunya kumpulan muzik dari Malaysia yang cukup dikenali di Nusantara. Tampil secara muzik orkestra, penampilan Amy dalam konsert ini dianggap luar biasa dari persembahannya sebelum ini secara berkumpulan yang lebih terarah kepada muzik rock. Transformasi ini membawa kepada perubahan dalam penyampaian lagu dan gaya konsert yang melibatkan penyertaan Amy sebagai penyanyi.
Sebagai sebuah Orkestra yang bertaraf nasional dan antarabangsa, Orkestra Simfoni Kebangsaan turut meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke 17 semenjak dilancarkan pada tahun 1993.
Suatu Masa, bukanlah hanya sebuah konsert dan dendangan lagu semata-mata, malah ia menampilkan repertoire lagu-lagu yang berunsur kemanusiaan sejagat dan ketuhanan.
“……..dalam lagu ada aku, dalam aku ada dia, Aku dan dia ada suatu masa..” Amy.
|