PUSAT PEMUZIK MUDA

PENGENALAN

Pusat Pemuzik Muda merupakan satu program jangka panjang yang diilhamkan sewaktu Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1971. Program ini adalah bertujuan untuk mengajar dan membimbing golongan remaja di sekitar Lembah Klang yang berminat di dalam bidang muzik terutama muzik berbentuk Orkestra. Program ini terus dikendalikan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan kesinambungannya masih diteruskan sehingga kini di bawah Kementerian, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Malaysia. Penubuhan Orkestra Simfoni Muda pada tahun 1983 dan terbentuknya Orkestra Simfoni Kebangsaan pada tahun 1986 adalah antara kejayaan yang telah dicapai, di samping telah berjaya menambah bilangan ahli muzik profesional Negara.

Tiada pengambilan baru untuk Program Pusat Pemuzik Muda Istana Budaya bagi tahun 2013

OBJEKTIF

  • Membuka ruang pendidikan/latihan kepada golongan remaja yang berminat di dalam muzik bercorak Orkestra.

  • Memberi latihan remaja yang mempunyai kemahiran di dalam muzik orkestra supaya boleh menjadi ahli muzik professional.

SASARAN

Sasaran kepada pelajar-pelajar berumur 6 tahun hingga 18 tahun.

KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berumur dari 6 tahun hingga 18 tahun.

  • Mengisi borang yang disediakan oleh urusetia.

  • Mempunyai peralatan muzik sendiri.

  • Tidak pernah mengikuti mana-mana kelas muzik.

  • Pihak urusetia berhak menolak permohonan tertakluk kepada pemilihan.

  • Diwajibkan mengambil peperiksaan muzik amali/teori.

MODUL

Modul dan sukatan pembelajaran yang dikendalikan oleh Pusat Pemuzik Muda.

Kelas Muzik Teori
Khas untuk pelajar-pelajar atau orang perseorangan yang berminat di dalam pengetahuan bidang muzik teori.

Kelas Muzik Amali
Kelas khusus untuk mengajar cara bermain menggunakan alat muzik terutama alat muzik orkestra.

KURIKULUM DAN PELAN

Kelas diadakan pada setiap hari SABTU dan AHAD dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.


YURAN
RM 120.00 bagi setahun termasuk lain-lain keperluan pembelajaran.
 

KEPERLUAN PERALATAN
Jenis alat muzik (Jenis alat muzik yang diajar di Pusat Pemuzik Muda):

Violin, Viola, Cello, D/Bass, Flute, Bassoon, F/Horn, Trumpet, Trombone, Percussions dan Drum.

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms