Polisi bagi sebarang pementasan di Istana Budaya mestilah diakui bertaraf cemerlang dan berteraskan syarat berikut:
i) Pemilihan program pementasan selaras dasar Kementerian dan berteraskan konsep 1Malaysia,
ii) Persembahan mengikut jadual dan gerak kerja yang ditetapkan,
iii) Persembahan di bawah naungan pengarahan profesional,
iv) Persembahan memaparkan latar, pakaian dan prop yang bersesuaian dengan fasiliti Istana Budaya,
v) Persembahan mempunyai artis yang berkebolehan meninggalkan kesan keilmuan yang tinggi,
vi) Lakonan, tingkah laku, tatacara berpakaian yang sopan, penggunaan kata-kata dan bahasa yang sesuai,
vii) Peka terhadap sensitiviti keagamaan, perkauman dan ketenteraman awam di Malaysia.
Kembali