PERSEMBAHAN KHAS DIRAJA

 

 

Kategori : Muzik
Tarikh : 31 - 31 Okt 06
Masa : 8.30 Malam

 

SINOPSIS
RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

Raja Kayangan bakal memerintah negeri Kayangan Indera setelah kemangkatan ayahandanya. Baginda sering di ganggu dengan sebuah mimpi yang menyebut tentang sebuah negeri di alam bumi. Jika bertemu akan negeri itu, maka Raja Kayangan mencukupi syarat untuk menjadi seorang pemerintah yang baik.

Baginda membuat keputusan untuk mengembara mencari negeri yang dimaksudkan, diiringi dua pengasuhnya iaitu Kisi dan Kasa. Bermula dengan penemuan  sebuah balairong seri, pengembaraan membawa baginda menjelajah ke seluruh negeri di alam bumi, dari utara, selatan, barat dan timur hinggalah ke kota indah yang penuh bertamadun. Perjalanan sepanjang pengembaraan meyakinkan  Raja Kayangan dan dua pengasuhnya bahawa masyarakat di alam bumi walaupun berbilang kaum dan bangsa, hidup dengan penuh perpaduan dan harmoni. Banyak warna di dalam warna banyak satu di dalam satu akar menunjang pohon pucuk menunjuk awan.

Tarikh Persembahan: 31 Oktober 2006
Masa: 8.30 Malam
Tempat: Panggung Sari (UNTUK JEMPUTAN SAHAJA)

ARTIS UNDANGAN
Dato' Yusni Hamid, Liza Aziz, Zarina Zainoordin (AF2), Hazami, Liza Hanim, Jehan Miskin, Sabri Yunus, Abon, Mohd. Edie Nazrin Hamzah, Asmidar Ahmad, Megat Nordin, Sabiha Wahid

PERSEMBAHAN/ATUR CARA BUKA PANGGUNG
Raja Kayangan mendapat alamat dalam mimpi agar pergi keluar mengembara bagi melengkapkan ilmu dan pengalaman sebagai bakal Raja Pemerintah
Raja Kayangan : Jehan Miskin
Gurindam oleh Norhaslinda Harmaini dari ASWARA

BABAK 1
Raja Kayangan tersedar dari lena beradu lalu terus memanggil kedua pengasuhnya,
Kasa dan Kisi mengadap
Kisi : Abon
Kasa : Sabri Yunus

BABAK 2
Raja Kayangan turun ke bumi  dan sampai di balai rong sebuah Istana. Raja Kayangan mendapat petunjuk agar mencari jawapan kepada mimpi baginda di negeri sebelah utara
Tarian Layang Mas : Artistari, Istana Budaya
Tarian Otar-Otar : Artistari, Istana Budaya

BABAK 3
Dalam pengembaraan ke utara bersama kedua pengasuh, Raja Kayangan bertemu sebuah perkampungan serta menyaksikan keriangan masyarakat di kampung tersebut
Nyanyian Inang Renek : Norasmidar Ahmad & Mohd Edry Hazrin Hamzah (Bintang Asli Remaja 2006)
Tarian Inang Renek : Swatari, Pak Ngah Productions
Tarian Kipas & Naga : Dua Space Dance Theatre

BABAK 4
Kemudiaan Raja Kayangan meneruskan pengembaraan dengan menyusuri sebuah sungai serta berhadapan dengan keharmonian masyarakatnya.
Tarian Bubu : Kumpulan Kesenian Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Keroncong Selendang Sutera : Zarina Zainoordin, AF2
Tarian Jatiswaran : Temple of Fine Arts

BABAK 5
Raja Kayangan dan kedua pengasuh meneruskan pengembaraan dan tiba di Pekan Lama
Muzik Caklempong : Kumpulan Caklempong Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri sembilan
Sketsa Baba & Nyonya : Kumpulan Kenny Chan
Nyanyian Zapin Laksamana Raja Di Laut : Sabiha Wahid, ASWARA
Tarian : Swatari, Pak Ngan Productions

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms