PERUTUSAN KETUA PENGARAH
ISTANA BUDAYA
Alhamdulillah segala pujian hanya bagi Allah swt dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Istana Budaya mengambil langkah selaras dengan jabatan dan agensi lain untuk membangunkan lawan web sendiri untuk menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat. Dengan terbinanya laman web ini akan mempermudahkan lagi khalayak yang ingin mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang sesuatu persembahan yang sedang berlangsung atau pun yang bakal berlangsung di Istana Budaya dalam waktu yang terdekat.
Kecanggihan teknologi haruslah dimanfaatkan untuk mendapatkan sumber maklumat terkini dalam jangka waktu yang cepat dan mudah. Ini semua demi untuk memberikan keselesaan kepada peminat dan khalayak seni persembahan – teater, muzik dan tari. Istana Budaya sebagai sebuah Panggung Negara akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk sama-sama membangunkan seni persembahan tanah air.
Akhir kata, saya menyeru khalayak seni persembahan tanah air, sama ada aktivis, penggiat mahu pun khalayak untuk sama-sama membantu kami dalam memajukan seni persembahan tanah air.
Sekian, wasallam.
Dato' Mohamed Juhari Shaarani