PERMATA SENI MUZIK

 

PENGENALAN

Merupakan salah satu program khas untuk memberi pendedahan kepada  ahli PERMATA Seni muzik kepada persembahan bertaraf Kebangsaan. Pada waktu yang sama dapat memperkenalkan kepada masyarakat umum kepada jenis muzik yang bertaraf tinggi. Lagu lagu yang dipilih pula adalah gabungan di antara lagu tradisional masyarakat setempat dan juga karya klasikal komposer Barat. Program ini juga akan memupuk remaja dan kanak-kanak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah. Pada masa yang sama, sesi ujibakat untuk mencari bakat-bakat cemerlang Permata Seni Muzik diteruskan di tempat berlangsungnya Konsert.

 

OBJEKTIF

2.1.    Merupakan salah usaha untuk merakyatkan kesenian bertaraf tinggi.
2.2.    Merupakan salah satu usaha meningkatkan imej program Permata Seni Muzik kepada masyarakat.
2.3.    Mempertingkatkan kemahiran peserta melalui aktiviti berkala
2.4.    Pendedahan kepada muzik berorkestra secara professional.
2.5.    Melatih peserta dengan etika dalam Orkestra.
2.6.    Mengeratkan perpaduan kaum melalui seni muzik seterusnya menjayakan gagasan 1 Malaysia.
2.7.    Meningkatkan imej Istana Budaya sebagai sebuah Jabatan yang bertaraf antarabangsa.

 

PROGRAM PERMATA SENI

Program Asuhan dan Didikan awal kanak kanak (PERMATA) adalah sebuah program yang diterajui oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dalam usaha melahirkan modal insan terbaik kepada negara

PERMATA SENI pula adalah satu daripada program PERMATA yang melibatkan usaha sama antara pusat PERMATA Negara dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

PERMATA SENI terbahagi kepada dua (2) program iaitu PERMATA SENI MUZIK dengan 47 orang ahli yang dikelolakan oleh Istana Budaya (IB) dan PERMATA SENI KOIR dengan 49 orang ahli  yang dikendalikan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Program PERMATA SENI telah dilancarkan pada 11 Januari 2010 bertempat di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Ahli ahli PERMATA Seni terdiri daripada kanak-kanak yang terpilih serta cemerlang dalam akademik, seni Koir dan Muzik. Ahli-ahli Permata Seni berusia antara 7-12 tahun, manakala bagi PERMATA Seni Muzik berusia antara 8-15 tahun.

Beberapa program dan aktiviti khas seperti Bengkel,  Kem muzik dan Konsert Jelajah telah disusun untuk membimbing ahli PERMATA Seni ke arah kecemerlangan.

Alat Muzik
A: Strings - Violin , viola, cello, piano,
B: Woodwind - Clarinet, piccolo, flute

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Muzik, Istana Budaya, En. Zulkifly Ahmad di talian 03-4026 5564.

 

 Facebook Permata Seni Muzik

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms