Laman Utiliti

  Tema Latarbelakang
       Latarbelakang asal Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
  Saiz Teks
imej_hurufkecil imej_hurufbesar imej_reset imej_suara
  Warna Tema
Tema Biasa Tema Hitam Tema Biru Tema Coklat


Penghargaan
imej pencetak imej envelop

 

PENYERTAAN MALAYSIA DI 12TH ANNUAL WORLD CHAMPIONSHIPS OF PERFORMING ARTS (WCPA) DI HOLLYWOOD, CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT PADA 18 - 28 JULAI 2008

 

1. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW)telah menyertai pertandingan di12thAnnual World Championships of Performing Arts(WCOPA) di Hollywood, California, Amerika Syarikat yang telah diadakan pada 18 hingga 28 Julai 2008.

 

2. Seramai 20 orang telah bertanding iaitu 8 Pemuzik dan 8 orang Penari dari Istana Budaya, 2 Penyanyi dan 2 orang Model. Pasukan Malaysia juga telah mengadakan dua persembahan “Show CaseMalaysia” di Hotel Hilton dan Celebrity Center, Hollywood, Los Angeles.

 

3. Pasukan Malaysia telah menyertai dalam 39 kategori pertandingan merangkumi vokal, muzik, tari dan modeling bersama peserta dari 41 buah negara dari seluruh dunia. Dari 39 penyertaan yang disertai didalam pertandingan tersebut, pasukan Malaysia telah berjaya memperolehi 27 pingat Emas, 9 pingat Perak, 2 pingat Gangsa dan 15 gelaran Champions of the World. Penyanyi Noryn Aziz dan Iqwal juga telah memperolehi Anugerah Industri sebagai artis yang berpotensi bagi pasaran Amerika Syarikat dan dipilih untuk menyertai Best New Talent Award 2008 pada 7-10 Ogos 2008 di Hollywood, Los Angeles. Pasukan Malaysia juga telah memenangi pertandingan Kostum Kebangsaan Terbaik  (Best National Costume) dalam perarakan semasa hari perasmian iaitu pada 18 Julai 2008 di Citywalk Universal Studio.

 

4. Butiran pingat yang dimenangi oleh Pasukan Malaysia adalah seperti berikut:-

 

NAMA PESERTA

 

EMAS

PERAK

GANGSA

WORLD CHAMPIONS

Noryn Aziz 3 + 1 1 - 1
Iqwal 4 1  -  -
  Istamuzika 2 + 1 2 - 2
  RnR (Romli Abdullah &
  Rosli Abu Bakar)
2  - - 1
  N’Za (Nik Nizam Jaafar
  & Zahari  Musa)
2  - - 2
  Cak Pak (Ku Zahir Ku
  Ahmad  & Encik Shamsul
  Zin)
 - 2 - -
  Long Gang (Zamzahardi 
  Mohamad Zambrin
  & Zamzahaman  
  Mohamad Zambrin)
1 - 1 1
  Artistana 4 + 1 - - 4
  Zainoor (Zainal Abidin
  Bujang &  Norsyafinas
  Roselan)
2 - - 2
  Norrudy (Rudy De Luna
  JR &
  Norsiah Mohd Yatim)
1 1 - 1
 Azura 1 + 1 1 - 1
  Ziea 1 1 1 -
  JUMLAH 27 9 2 15

Nota: ( + 1) adalah pingat emas kepada peserta akhir “Grand Champion”

 

 

Halaman: 1  2  3  4  

Tarikh Akhir Dikemaskini : 03 April 2011