ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN (OSK)


 Sejarah / Latar belakang

 

Konsert Pre Japan  Mustafa Fuzer Nawi

 

Sejarah penubuhan Orkestra Simfoni Kebangsaan  (OSK) bermula pada tahun 1989, apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia telah melantik seramai 17 orang Ahli Muzik Profesional sepenuh masa sebagai asas kepada penubuhan orkestra tersebut.  Pada tahun 1993, OSK telah pun dilancar secara rasmi oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Semenjak ianya dilancarkan, OSK telah berjaya mengadakan pelbagai corak persembahannya selaras dengan kehendak semasa. Di peringkat antarabangsa, OSK telah menjalin hubungan erat dengan Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Kedutaan asing di samping menerima pimpinan dari Konduktur Undangan terkenal dunia.

OSK telah banyak mengadakan persembahan di luar negara. Antaranya, di Esplanade, Singapura (2003), Tokyo dan Osaka, Jepun sempena Asia Orchestra Week 2004. Kini, OSK dianggotai seramai 34 orang Ahli Muzik profesional sepenuh masa dibawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi. Selain itu, khidmat tenaga pemuzik bebas profesional tempatan dan luar negara sering diundang bagi mengisi keperluan persembahannya.

 

Visi, Misi dan Objektif

Visi
Menjadikan setiap anggotanya yang versatile dan berteraskan kepada persembahan tempatan dan antarabangsa.

Misi
Mempertingkatkan keterampilan daya saing dikalangan anggotanya dengan menampilkan kebolehan (skill) yang tinggi, profesional melalui persembahan yang terancang dan bertaraf Antarabangsa.

Objektif
Matlamat Bahagian Muzik adalah untuk merealisasikan persembahan yang bermutu tinggi disamping melengkapkan anggotanya dengan kemahiran seumur hidup bagi menjana perkembangan seni muzik negara, selain memantau kegiatan dan perkembangan muzik negara.

 

 

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms