PENGENALAN
ORKESTRA SIMFONI REMAJA (OSR) merupakan salah satu Program Asuhan Seni di bawah Pusat Pemuzik Muda (PPM), Istana Budaya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Kegiatan OSR di bawah PPM bermula pada tahun 1983, di mana ketika itu ia dikenali sebagai Orkestra Simfoni Muda di bawah naungan Kementerian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.Kini, OSR disertai sejumlah 60 orang remaja di bawah pimpinan Mayya Musaeva yang juga berperanan sebagai Konsert Master, Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).
Penubuhan Orkestra Simfoni Remaja (OSR) telah bermula daripada Program Pemuzik Muda dibawah naungan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1977. Ianya bertujuan memberi peluang pendidikan muzik kepada golongan remaja di sekitar Lembah Klang yang berminat dalam bidang muzik, khususnya alat muzik orkestra. Di samping itu, ianya juga sebagai persediaan ke arah penubuhan sebuah orkestra simfoni bertaraf kebangsaan. Hasil daripada program ini, Orkestra Simfoni Muda (OSM) telah ditubuhkan di bawah pimpinan Abdul Fatah Karim dan dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke 8 bertempat di Auditorium Besar Angkasapuri, Kuala Lumpur dan menjadi asas kepada penubuhan Orkestra Simfoni Remaja (OSR).
Seterusnya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah melaksanakan program tersebut sehingga melahirkan Orkestra Simfoni Muda kedua di bawah pimpinan seorang konduktor muda iaitu Nasran Nawi. Orkestra ini dianggotai seramai 70 pemuzik yang berusia 6 hingga 25 tahun dimana semua aktivitinya dilaksanakan di Kompleks Budaya Negara, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.
Pada tahun 1998, DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong ke 10 telah melancarkan orkestra tersebut secara rasmi bertempat di Panggung Eksperimen, Kompleks Budaya Negara. Aktiviti Orkestra Simfoni Remaja ini kemudiannya telah berjalan lancar hingga ke hari ini berpusat di Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dibawah program Asuhan Seni. Program ini dipimpin oleh Konsert Master Orkestra Simfoni Kebangsaan iaitu Mayya Musaeva.

OBJEKTIF
- Membuka ruang pendidikan/latihan kepada golongan remaja yang berminat di dalam muzik bercorak Orkestra.
- Meningkatkan tahap disiplin dan daya keyakinan diri pemuzik golongan remaja dalam persembahan orkestra sebagai satu bentuk motivasi serta dorongan untuk maju dalam bidang muzik.
SASARAN
Program ini disasarkan kepada individu yang berumur 6 tahun ke atas.
KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia berumur dari 6 tahun ke atas.
- Mengisi borang yang disediakan oleh urusetia.
- Mempunyai peralatan sendiri.
- Pernah mengambil serta lulus peperiksaan muzik amali/teori yang ditetapkan.
- Pihak urusetia berhak menolak permohonan kepada pemilihan.
KURIKULUM
Kelas diadakan pada setiap hari SABTU dan AHAD dari jam 10.00 – 5.00 petang. Siri konsert akan diadakan dari masa ke semasa untuk menguji serta menilai keupayaan peserta OSR di mana setiap peserta akan diberikan sijil bagi setiap peyertaan di dalam konsert.
YURAN
RM 120.00 setahun tidak termasuk lain-lain keperluan pembelajaran.
KEPERLUAN
Jenis alat muzik yang diajar di bawah Program OSR ialah:
- Violin, Viola, Cello, D/Bass, Flute, Bassoon, F/Horn, Trumpet, Trombone, Percussions dan Drum.

KONDUKTOR
Mayya Musaeve
Mayya Musaeva mula mempelajari violin dari umur beliau tujuh tahun di sekolah muzik Tashkent. Pada tahun 1986, beliau memperoleh ‘The Red Diploma’ (Diploma Berpujian Tinggi) di Tashkent State Music College. Beliau melanjutkan pelajarannya selama lima tahun di Tashkent State Conservatory. Beliau memulakan kariernya di State Bolshoi Academic Theatre Navoi of Uzbekistan pada tahun 1992. Lima tahun kemudian, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia memilih Mayya Musaeva untuk menerajui Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) sebagai Konsert Master. Sejak itu, beliau begitu aktif dalam persembahan orkestra, solo recitals, Pusat Pemuzik Muda (PPM) dan konduktor untuk Orkestra Simfoni Remaja (OSR) Istana Budaya di mana beliau mengajar remaja berbakat untuk bermain muzik klasik.
DR. Takahisa Ota
Dr. Takahisa Ota atau lebih dikenali dengan nama Dr. T. Ota mempelajari bidang muzik flute sejak dari tahun 1965 di bawah pengajar Jepun iaitu Profesor Masao Yoshida dan Takeshi Koizuma. Beliau kemudiannya menyertai Orkestra Universiti Waseda dan memenangi Grand-Prix ketika pertandingan ‘World Amateur Orchestra’ yang diajurkan oleh Hervert Von Karajan di Germany. Beliau juga turut melibatkan diri dalam ‘Shin-Symphony Orchestra’ dan juga dengan beberapa lagi orkestra yang lain sebagai pelatih orkestra. Di Malaysia, beliau merupakan seorang konduktor Orkestra Simfoni Kebangsaan sejak dari tahun 1993 hingga 2000, dan sekarang beliau memegang peranan sebagai Penasihat Muzik bagi Orkestra Simfoni Kebangsaan sejak April 2005 (ditaja oleh Kerajaan Jepun-JICA) dan mendapat Ph.D (dalam bidang muzik-latihan Orkestra) di Somerset University, Belgium.
OBJEKTIF
Membuka ruang pendidikan/ latihan kepada golongan remaja yang
Berminat dalam bidang muzik berbentuk orkestra.
Meningkatkan tahap disiplin dan daya keyakinan diri
pemuzik remaja dalam persembahan orkestra sebagai satu bentuk
motivasi serta dorongan untuk maju dalam bidang muzik.
Mencungkil bakat muzik daripada golongan remaja.
Memberi pendedahan kepada muzik berbentuk orkestra
secara profesional.