Istana Budaya, Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
Global Network Entertainment Sdn Bhd
Kategori
:
Teater, Muzik, Tari
Tempat
:
Panggung Sari, Istana Budaya
Tarikh
:
30 April – 2 Mei 2010
Masa
:
8.30 malam
Sinopsis
:
Mengisahkan seorang budak minang dari daerah Pariaman bernama Buyung yang merantau dari seusia muda dari kampung untuk mencari sebuah kehidupan yang lebih baik ke suatu bandar di tanah baru. Sejak kecil Buyung dididik dengan nilai-nilai murni adat, tradisi dan falsafah minang.
Merantaunya Buyung bermakna meninggalkan keluarga dan kekasih tercinta Siti Norbaya dengan harapan akan kembali membawa impian yang tinggi melangit.
Menjalani kehidupan dari seorang remaja di kampung dangan tradisi, adat, falsafah yang penuh di dada dan berhijrah ke bandar dengan nilai-nilai kemodenan. Pertembungan budaya, adat dan falsafah di kampung dan kehidupan moden mencorak kan jalan cerita di mana Buyung berjaya mengekal jati diri dan tidak mengorbankan nilai murni adat, falsafah hidup dan tradisi yang dipupuk.
Ternyata jarak yang memisahkan Buyung dan Siti Norbaya itu jua yang merungkai ikatan kasih antara mereka. Ikatan itu dipisahkan dengan berkahwinnya Siti Norbaya dengan jejaka pilihan keluarga. Setelah peristiwa pahit itu, Buyung telah jatuh cinta dengan suku kaum yang sama di tanah baru. Di situ lah lahirnya persembahan seni tari, nyanyian dan lain lain berkaitan budaya minang dari 2 tempat yang berbeza dalam satu budaya.
Pelakon/Artis
:
MALAYSIA
RAZALI HUSSIN
:
UDA
LEEZ ROSLI
:
SITI NURHALISA
EBBY YUS
:
UJANG
SITI ROKHAIDA (TERJAH)
:
YONG (YATIE)
DATIN ROSNANI JAMIL
:
MAK NANI
RAZALI BUYUNG
:
PAK ZALI
ALLY NOOR
:
PAK WAHAB
MASTURA
:
MAS
PAK PIN LAMAN MARAWA
:
PIDATO
AISHAH WAHID
:
PENYANYI
ARTISTANA ISTANA BUDAYA
:
PENARI
INDONESIA
ELLY KASSIM
:
PENYANYI
EDDY SILITONGA
:
PENYANYI
HENGKY ZUBIR
:
BUYUNG
NADIA PUTRI ROSADI
:
SITI NURBA’YAH
PAK HARDI
:
PIDATO
SOFYANI DANCE GROUP
:
PENARI
Tenaga Produksi
:
Pengarah Persembahan
:
Lokman Ghani
Pengarah Artistik
:
Irwan Ismadi Shahrim
Pengarah Muzik
:
Pak Ngah
Kareografer
:
Desa
Penulis Skrip
:
Lokgha
Tiket
:
RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150
Promosi
:
*Tawaran harga pelajar RM11.50 untuk setiap 30 orang pelajar ke atas