| Sinopsis | : | Awal 1970an di Teluk Intan....tiga budak berkeliaran di menara yang condong, satu naga muncul dari menara tersebut dan terbang ke angkasa, budak-budak itu menyaksikan ini dengan perasaan hormat serta takut.....Ianya hanya merupakan sebuah mimpi, mereka bangun dari tidur dan berada di tengah-tengah pasar pagi yang sibuk berdekatan dengan menara condong itu… Rahman, Cheong dan Amish adalah jiran serta kawan lama. Ayah Rahman adalah seorang Penghulu. Walupun sibuk dengan tugas untuk berkhidmat demi orang kampung, sikap positif dan ceria Pak Hassan menyebabkan Pak Hassan dan Rahman mempunyai hubungan yang begitu rapat. Cheong merupakan anak tunggal dalam keluarga Chin. Ayahnya datang dari negara China pada usia 18 tahun dan memulakan sebuah kedai ubat tradisional Cina setelah habis menjalani latihan sebagai perintis kepada seorang Sen Sei yang tua. Cheong tidak dapat berkomunikasi dengan ayahnya yang sangat tegas dan pendiam. Amish dibesarkan oleh neneknya, Naini dalam sebuah estet ladang getah. Semua orang dalam estet ini menaruh harapan kepada Amish kerana hanya dia seorang sahaja yang berjaya untuk mendapat tempat di sekolah. Rahman telah berjumpa dengan seorang perempuan kampung yang muda dan menawan, Ayu. Rahman dapat tahu bahawa Ayu ini sebenarnya berhasrat untuk belajar membaca dan menulis maka dia dengan rela hati menawarkan dirinya untuk mengajar Ayu. Secara tiba-tiba, Penghulu Pak Hassan meninggal dunia akibat sakit jantung. Rahman bersedih kerana kehilangan ayahnya yang sangat disayangi. Cheong dan Amish turut berduka bersama Rahman......Maka, akibat tragedi ini, Cheong mendapat kesedaran bahawa hidup ini hanya sementara dan berhasrat untuk berkomunikasi bersama ayahnya sebaik mungkin sebelum terlambat. Mereka bertiga kemudiannya menubuhkan suatu kumpulan menyanyi yang dinamakan ‘KITA’ untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Bintang Malaysia’ di Kuala Lumpur- ini merupakan kali pertama mereka ke ibu kota. Sementara itu, Amish jatuh cinta dengan kakak Cheong, Moi tetapi mereka berdua merahsiakan cinta mereka ini. Maka muzikal ‘KITA’ mengkisahkan proses kematangan Rahman, Cheong dan Amish sejak mereka budak lagi-bagaimana mereka melalui proses ini sejak zaman sekolah, harapan mereka, kekhuatiran mereka dan juga kekecewaan yang terpaksa dilalui, bagaimana mereka mengharungi kesusahan, kehilangan yang tersayang, menikmati dan menerima budaya yang berbeza, perasaan jatuh cinta dan cabarannya-dan akhirnya apabila mencapai keyayaan masing-masing. |
| Pelakon | : | Hafiz AF7 sebagai Rahman Eric Lin sebagai Cheong Michael Rao sebagai Ganesh Nas Adila sebagai Ayu Amy Wang sebagai Chun Moi Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Pak Hassan Lim Cheng Hock sebagai Chin SR Sukania Venugopal sebagai Nenek Naini
|