festival muzik kl

DIARI MEDIA

FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR – KONSERT ‘AHMAD NAWAB GOES TO LIVE CENTRE’

 

Kembali ke 70an? Hayati irama muzik ‘retro’ dengan tiupan saksofon emas Seniman Negara ketujuh Datuk Dr. Ahmad Nawab dengan artis-artisnya.. Hanya satu malam sahaja iaitu pada 3 Julai ini KL Live (Dahulu dikenali sebagai Life Centre,) Jln. Sultan Ismail Kuala Lumpur. Jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

 

Dengarkan melodi indah dendangan Jamal Abdillah, Syafinaz Selamat, Steve Thornton, Man Kidal dan Koir Kebangsaan Malaysia ! Jangan tunggu lagi, rebutlah yang tiket-tiket berharga cuma RM 25 di laman web www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41498600 untuk tempahan tiket atau pertanyaan khusus.

 

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Live Centre.

 

 

 

FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR- KONSERT RUHANI

 

Alami getaran muzik syahdu yang menusuk naluri anda menerusi alunan muzik keruhanian di dalam Konsert Ruhani sempena Festival Muzik Kuala Lumpur di Istana Budaya! Cuma sehari, konsert pada 4 Julai 2009 ini jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

 

Saksikan persembahan pemuzik dalam dan luar Negara seperti Ustaz Sultan Khan (India), Sambasunda (Indonesia), Rabbani, Mohram dan Farid Ali dalam irama yang mengusik pancaindera anda.

 

Ayuh, layari www.ticket2u.biz atau www.klfestival.org.my atau hubungi 03-41498600 untuk tempahan tiket atau pertanyaan khusus. Dibawakan khas untuk anda sempena Kuala Lumpur Kota Kebudayaan Islam oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Istana Budaya.

 

 


FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR – KONSERT ‘SOUNDS OF MALAYSIA’

 

Inginkan kelainan dalam muzik ? Dengarkan muzik Malaysia dalam sentuhan baru lagi unik hanya semalam sahaja iaitu pada 5 Julai ini di Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

 

Hayati sentuhan irama indah gamelan dalam bentuk baru dan lain-lain muzik lagi yang digubah khas untuk konsert ini oleh Samuel Dass, Hands Percussion Gamelan Team, Jerry Kamit (Sape Sarawak) dan Asika! Jom, rebutlah tiket-tiket yang berharga RM 25, RM 50 & RM 80 di laman web www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41498600 untuk tempahan tiket atau pertanyaan khusus.

 

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Istana Budaya.

 

 


FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR – KONSERT GENERASI BARU

 

Apa akan terjadi kalau Kumpulan Indie No. 1 Negara – Meet Uncle Hussein dan Kumpulan Vokal – Koir Kebangsaan bergabung ? Dengarkan muzik sentuhan baru lagi unik oleh generasi muda Malaysia hanya semalam sahaja iaitu pada 5 Julai ini di Hard Rock Café, Jln. Sultan Ismail, Kuala Lumpur dari jam 11.00 malam hingga 12.00 malam.

 

Saksikan gandingan unik mereka dalam Konsert Generasi Baru ini selama SATU JAM dengan tiket berjumlah hanya RM 25 !


Hubungi 03-27155555 (Sharina) / www.klfestival.org.my untuk tempahan tiket atau pertanyaan khusus.

 

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Hard Rock Café, Kuala Lumpur.

 

 

 

FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR – X’TRAVAGANZA NOSTALGIA – SEMALAM DI MALAYSIA.

 

Masihkah anda ingati lagu-lagu- Apa yang Ku Cari, Cintaku sampai ke Ethopia dendangan Endang S. Taurina , Ria Resty Fauzy dan ramai lagi ? Hayati irama malar segar tahun 70an - 80an Indonesia-Malaysia. Cuma semalam sahaja iaitu pada 10 Julai ini KL Live (Dahulu dikenali sebagai Life Centre,) Jln. Sultan Ismail Kuala Lumpur. Jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

 

Hayati irama 70an – 80an dendangan Endang S.Taurina, Tommy J. Pisa, Ernie Djohan, Tetty Kadi, Vivi Sumanti, Ria Resty Fauzy, Zaleha Hamid, Halil Chik, Malek Ridzuan dan Othman Hamzah!

Jangan tunggu lagi, rebutlah yang tiket-tiket berharga RM 45, RM 65 dan RM 95 di laman web www.ticketpro.com.my atau hubungi Hotline : 03-78807999 untuk tempahan tiket atau pertanyaan khusus.

 

Dibawakan khas untuk anda sempena Festival Kuala Lumpur oleh Life Records dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Life Records.