Box Office
Istana Budaya,
Jln Tun Razak                                                            
50694 Kuala Lumpur
Tel     : 603-4026 5558
Faks   : 603-4026 5552
E-mel : boxoffice@istanabudaya.gov.my
Tempahan On-line : www.ticket2u.biz


SYARAT - SYARAT JUALAN TIKET

Tempahan Tiket


Tiket yang ditempah melalui telefon, faks atau di kaunter perlu diambil dan dibayar dalam masa tiga hari selepas tempahan dibuat.  Tiket-tiket yang telah ditempah sekiranya tidak diambil pada masa dan waktu yang ditetapkan akan terbatal dan Istana Budaya berhak menjualnya semula.

Bayaran


Bayaran adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). Cek tidak diterima. Pembelian menerusi telefon dengan menggunakan kad kredit dibenarkan. Sila hubungi 03-77262002. Bayaran tambahan RM1.50  dikenakan ke atas setiap tiket (sama ada dengan kad kredit atau pembelian terus di kaunter). 

Konsesi


Potongan harga tiket sebanyak 20% diberikan kepada warga tua (55 tahun ke atas), orang kurang upaya dan pelajar (dengan kad pelajar yang sah) untuk produksi terbitan Istana Budaya sahaja. Sila hubungi Box Office terlebih dahulu untuk mengetahui konsesi tersebut.

"Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada Box Office segala keperluan anda sewaktu membuat tempahan atau membeli tiket"

 

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms