|
|
MAKYUNG ANAK RAJA DUA SERUPA
Mengisahkan perpisahan dua beradik kembar iaitu Iras Kesuma dan Alam Kesuma yang berpisah semasa kecil. Iras Kesuma telah berpisah dengan adiknya Alam Kesuma akibat diculik oleh Raja Lanun. Apabila telah dewasa, Iras Kesuma telah meminta izin dengan ayahandanya untuk pergi mengembara sambil menambahkan pengalaman melihat dunia luar bersama rakyat jelata. Iras Kesuma yang telah berkahwin dengan Puteri Mayang Sari terpaksa meninggal isteri tercinta demi memenuhi hasrat dan impiannya.
Pada masa yang sama juga Alam Kesuma telah meminta izin Raja Lanun untuk mencari ayah kandungnya sebelum dia dikahwin dengan Puteri Hitam Sebelah anak kepada Raja Lanun. Beliau berjanji akan kembali semula kepada Raja Lanun setelah bertemu dengan ayah kandungnya.
Semasa dalam pelayaran, Iras Kesuma dan anak-anak kapal singgah dan berlabuh di sebuah pantai yang dikuasai oleh Raja Lanun. Apabila Raja Lanun dimaklumkan tentang terdapat sebuah kapal berlabuh di kawasan perairannya maka beliau begitu marah lalu mengarahkan pengikut-pengikutnya menyerang kapal tersebut. Namun setelah melihat Iras Kesuma, Raja Lanun menyangkakan Iras Kesuma adalah Alam Kesuma dan menuduh Alam Kesuma telah belot kepadanya lalu ditawan Iras Kesuma serta anak-anak kapal yang lain. Maka bermula rintangan dan cabaran Iras Kesuma dan Alam Kesuma dalam riwayat kisah cerita makyung.
Tiket : RM20, RM50, RM70 & RM100 Waktu Operasi : 9.00 am – 6.00 pm (Working Days) 9.00 am – 1.00 pm (Saturday) Tempahan/Pembelian Online: www.ticket2u.biz Tel: 03-4149 8600 Laman Web Rasmi : www.istanabudaya.gov.my Paparan : 568 Tarikh Akhir Dikemaskini : 19 Januari 2010 |