Antara Kasih dan Benci…Antara Rindu dan Dendam…Antara Syurga dan Neraka…segala kehidupan manusia ini diberi pilihan ANTARA…
Sebagai bangsa Melayu dan dibesarkan dalam nilai-nilai kebudayaan yang begitu agung, kita tidak hanya menjadi penonton di bumi sendiri , melainkan kita menjadi duta-duta budaya yang diandalkan untuk melestarikan seni budaya kita, memperkanalkannya, dan menjadi pengerak terdepan untuk menjaga eksistensi seni budaya kita dalam situasi apa sekali pun.
ANTARA…adalah sebuah muzikal teater kerohanian yang tidak lari jauh dari naluri manusia kerana setiap hari kita mengalun di telinga kita keindahan muzik dari berbagai peradaban, sehingga anak-anak Melayu adalah antara autodidak yang luar biasa dalam hal muzik. Dalam ibadat…dalam kita mengingatiNYA…semua alunan itu bergetar tanpa berhenti..selari dengan getaran jantung dan mengalirnya darah kita.
ANTARA… naskah degupan kencang jantung manusia-manusia yang terpaksa melewati musuh utama kehidupan iaitu Iblis dengan perjanjiannya untuk menghancurkan manusia dari jalan yang sejati. Antara yang manakah yang dipilih oleh manusia…Apakah dengan menjadi sahabat,teman,dan kekasih Iblis itu menjanjikan kenikmatan dunia kepada manusia atau apakah pengabadian pengabdian kasih dan rindu kepada ilahi itu yang dapat memberi manusia merasai kebenaran sebuah kehidupan itu. Setiap perjalanan sebuah kehidupan dan titik hentinya destinasi itu adalah ANTARA pilihan manusia sendiri…
Manusia adalah pedang,
Tuhan pemain pedang tersebut,
Sedangkan dunia adalah batu pengasah pedang itu,
Timur hanya melihat tuhan,
Tidak lagi Nampak olehnya dunia yang bagai batu pengasah,
Barat telah menembusi batu pengasah tadi tanpa menyedari tuhan yang
mengentam pedang itu
Buka mata lebar2 kepada tuhan,
Itulah agama.
Tiket : RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250.
Kaunter : BOX OFFICE, ISTANA BUDAYA, JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel : 03-4026 5558
Fax : 03-4026-5552
Tempahan/Pembelian Online: www.ticket2u.biz
Tel: 03-4149 8600
Laman Web Rasmi : www.istanabudaya.gov.my