LOGO IB

 

Logo ISTANA BUDAYA diadaptasi dari gubahan sirih junjung. Sirih junjung adalah lambang pemula upacara, pembuka kata dan pemanis bahasa, yang merapatkan hubungan antara pengunjung dan penyambut. Ia juga sering digunakan di dalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara-upacara lain.

Lambang ini selaras dengan fungsi ISTANA BUDAYA yang sentiasa menggamit pengunjung dengan pelbagai hidangan seni persembahan yang terunggul dan tinggi mutunya. Tiga helai daun sirih mempunyai maksud tersendiri, iaitu BAHASA (lakonan), GERAK (tarian), serta RENTAK (muzik). Ianya digabungkan di dalam daun keempat, yang melambangkan SENI PENTAS.

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms