  |
| | Tajuk | : | Festival Muzik KL 2010 - Konsert Ella Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan |
| | Produksi | : | Canon Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). |
| Kategori | : | Muzik |
| Tempat | : | Panggung Sari, Istana Budaya |
| Tarikh | : | 1 - 2 Julai 2010 |
| Masa | : | 8.30 malam |
| | | |
| Pengenalan | : | Konsert pembuka tirai persembahan sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 ini bakal mengetengahkan lagu-lagu popular daripada Ratu Rock Malaysia, Ella yang pernah menjadi lagenda kepada kegemilangan genre muzik rock tanah air.
Sepanjang persembahan selama 2 jam konsert sulung Ella di pentas prestij, Istana Budaya ini, beliau akan diiringi 80 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK). Selain menyampaikan lagu-lagu popular seperti Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Sembilu, PPP, Layar Impian, Kitalah Bintang dan Rama-Rama. Konsert ini akan menonjolkan kelainan Ella dalam segmen khas tradisional apabila pertama kali dalam penampilan konsertnya, beliau turut menggabungkan unsur-unsur muzik asli yang digubah khas untuk lagu Ulik Mayang, Jauh Di Mata dan Budi Setahun Segunung Intan. Selain berduet bersama Datuk Ahmad Jais dalam segmen tradisional, persembahan Ella dalam konsert ini turut dimantapkan dengan penampilan Awie dan Joe (Wings), Lord (yang merupakan bekas anggota Ella & The Boys) serta kumpulan Tunas Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). |
| | | |
| | | |
| Tiket | : | RM50, RM80, RM180, RM200 dan RM250 |
| | | |
| | | |
| Tempahan/Pembelian Online | : | www.ticket2u.biz |
| | | |
| | | |
| Laman Web Rasmi | : | www.jkkn.gov.my |
| | | |
| | | |
Etika Penonton | | |
Paparan : 785
Tarikh Akhir Dikemaskini : 17 Jun 2010