FUNGSI BAHAGIAN

 

Istana Budaya digerakkan oleh enam (6) bahagian utama iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pemasaran, Bahagian Teknikal, Bahagian Produksi, Bahagian Muzik dan Bahagian Senireka.
 

Bahagian Khidmat Pengurusan

 
Bahagian Khidmat Pengurusan ISTANA BUDAYA terbahagi kepada enam (6) unit di bawahnya iaitu Unit Pentadbiran & Pengurusan Aset, Unit Sumber Manusia, Unit Kewangan, Unit Perolehan, Unit Latihan dan Unit Komunikasi & Teknologi Maklumat.
 
 
Objektif umum Bahagian Khidmat Pengurusan:
 
Memberi perkhidmatan sokongan dari segi pentadbiran, pengurusan sumber manusia, kewangan, perolehan, latihan dan teknologi maklumat secara berkualiti dan berkesan berdasarkan peraturan dan undang-undang.
 
 
 

Bahagian Pemasaran

 
Bahagian Pemasaran ISTANA BUDAYA terbahagi kepada tiga (3) unit di bawahnya iaitu Unit Promosi, Unit Pengurusan Panggung, dan Unit Penerbitan.
 
Objektif umum Bahagian Pemasaran:
 
Membangun serta meningkatkan bilangan dan minat penonton terhadap seni pementasan dalam kalangan semua peringkat masyarakat tempatan, melalui aktiviti promosi dan pemasaran yang berkesan.
 
 
 
Bahagian Teknikal
 
Bahagian Teknikal ISTANA BUDAYA terbahagi kepada tiga (3) unit di bawahnya iaitu Unit Kejuruteraan Elektrikal, Unit Kejuruteraan Mekanikal dan Unit Kejuruteraan Awam.
 
Objektif umum Bahagian Teknikal: 
 
Menyediakan peralatan dan memberikan perkhidmatan teknikal bagi melahirkan dan mempertingkatkan kreativiti seni pentas ke tahap profesional di samping menyelenggara peralatan serta memastikan keselesaan penonton dan juga warga berada dalam keadaan yang paling maksima.
 
 
 
Bahagian Produksi
 
Bahagian Produksi ISTANA BUDAYA terbahagi kepada empat (4) unit di bawahnya iaitu Unit Residen Artis, Unit Pengurusan Pentas, Unit Produksi dan Unit Lakon dan Koreografer.
 
Objektif umum Bahagian Produksi:
 
Memberi perkhidmatan dari segi perancangan, pengurusan, penyeliaan dan pelaksanaan program pementasan/produksi tahunan dalam dan luar negara.
 
 
 
Bahagian Muzik
 
Bahagian Muzik ISTANA BUDAYA terbahagi kepada satu (1) unit dan dua (2) orkestra di bawahnya iaitu Unit Pengurusan Muzik, Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM). Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk menyelaras Program Permata Seni (Muzik).
 
Objektif umum Bahagian Muzik:
 
Bahagian Muzik mempunyai Visi ke arah pencapaian pembangunan artistik yang cemerlang serta meningkatkan mutu ketrampilan semua ahli muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) ke tahap antarabangsa.
 
 
 
Bahagian Senireka
 
Bahagian Senireka ISTANA BUDAYA terbahagi kepada enam (6) unit di bawahnya iaitu Unit Grafik dan Pameran, Unit Set dan Prop dan Unit Kostum dan Solekan.
 
Objektif umum Bahagian Senireka:
 
Memberi perkhidmatan artistik dan kreatif dari sudut senireka produksi dan komunikasi visual.
  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms