ETIKA PENONTON

 

Orkestra/Koir
Sut rasmi, batik atau kemeja lengan panjang.

Teater
Kemas, sopan dan bersesuaian.

Tidak Dibenarkan Memakai
Seluar jeans yang lusuh/koyak, kemeja T berkolar bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar.

 

Peringatan Penting

  • Penyambut tetamu Istana Budaya berhak menghalang sesiapa sahaja yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut daripada menonton persembahan. Program yang dijadualkan bakal berubah tanpa notis awal.
     
  • Tiket yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar.
     
  • Penonton mesti berada di tempat duduk 15 minit sebelum persembahan bermula.
     
  • Penonton yang lewat akan dibawa ke bilik menunggu sebelum dibenarkan masuk ke auditorium pada masa yang sesuai.
     
  • Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam auditorium kecuali bagi produksi khusus untuk kanak-kanak.
     
  • Hanya bagi persembahan matinee sahaja, kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dibenarkan masuk dengan syarat ditemani oleh orang dewasa. Bayaran akan dikenakan untuk menonton.
     
  • Kamera dan sebarang alat rakaman tidak boleh dibawa masuk tanpa kebenaran Pengurusan Istana Budaya.
     
  • Telefon bimbit dan alat kelui hendaklah dimatikan sewaktu memasuki auditorium.
     
  • Merokok, membawa makanan dan minuman ke dalam auditorium adalah tidak dibenarkan sama sekali.
     
  • Penonton dinasihatkan supaya menjaga barangan berharga. Istana Budaya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap barangan tersebut.

 

Penonton Yang Terlewat
Semua persembahan akan dimulakan tepat pada waktu yang dijalankan. Penonton yang lewat tidak akan dibenarkan masuk sehinggalah tibanya waktu yang bersesuaian. Kakitangan kami akan membawa mereka yang lewat ke tempat duduk.

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms