Laman Utiliti

  Tema Latarbelakang
       Latarbelakang asal Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
  Saiz Teks
imej_hurufkecil imej_hurufbesar imej_reset imej_suara
  Warna Tema
Tema Biasa Tema Hitam Tema Biru Tema Coklat


Dreamgirls
imej pencetak imej envelop

 

  Tajuk : Dreamgirls
  Produksi : Broadway Academy
Kategori : Teater
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Tarikh : 14 – 24 Julai 2011
Masa :

3.30 petang, 8.30 malam

     
     
Sinopsis :
 
  Pada tahun 1962 The Dreamettes, sebuah kumpulan gadis yang penuh harapan dari Chicago, telah menyertai ujibakat Amateur Night yang terkenal di Apollo Theatre di Harlem, New York ("I'm Lookin' for Something", "Goin' Downtown", "Takin' the Long Way Home"). Kumpulan ini dianggotai oleh penyanyi utamanya yang berbadan tegap Effie White serta sepasang rakan karib, Deena Jones dan Lorrell Robinson. Untuk pertandingan ini, The Dreamettes mendendangkan lagu"Move (You're Steppin' on My Heart)”, yang ditulis oleh abang Effie, C.C, yang menyertai mereka ke ujibakat tersebut. Di belakang pentas, gadis-gadis berkenaan dan C.C. bertemu dengan Curtis Taylor Jr., seorang jurujual kereta terpakai yang kemudiannya menjadi pengurus kepada The Dreamettes.

  Curtis meyakinkan James "Thunder" Early, seorang bintang R&B terkenal, serta pengurusnya, Marty, untuk mengambil The Dreamettes sebagai penyanyi-penyanyi latar. Walaupun persembahan bersama pertama Jimmy Early dan The Dreamettes ("Fake Your Way to the Top") berjaya, Jimmy sangat memerlukan bahan baru. Curtis menyakinkan Jimmy dan Marty bahawa mereka harus berusaha menarik minat lebih daripada penggemar irama rhythm and blues tradisional dan soul serta menyasasarkan kepada pasaran pop. C.C. menggubah lagu "Cadillac Car" untuk Jimmy dan The Dreamettes, yang membuat lawatan ("Cadillac Car (dalam perjalanan)") dan merakamkan single sekembalinya mereka ("Cadillac Car (di Studio Rakaman)"). "Cadillac Car" berjaya mendahului tangga carta pop, tetapi sebuah versi rakaman semula oleh penyanyi-penyanyi pop berkulit putih, Dave dan Sweethearts ("Cadillac Car" (Umpil Semula)), berjaya menarik perhatian orang ramai dari gemuruh rakaman asal. Marah dengan rampasan kegemilangan "Cadillac Car", Curtis, CC, dan penerbit Jimmy, Wayne merasuah DJ di seluruh Negara untuk memainkan single berikutnya daripada Jimmy Early dan Dreamettes "Steppin' to the Bad Side". Akibatnya, rekod tersebut menjadi hit pop utama.

  Konflik timbul antara Marty dan Curtis apabila Curtis campur tangan dalam bahagian Marty: Jimmy Early. Keadaan bertambah rumit apabila Effie mula berpasangan dengan Curtis, dan Jimmy, lelaki yang sudah berkahwin, mula menjalinkan hubungan dengan Lorrell ("Party, Party"). Marty berhenti menjadi pengurus Jimmy. Curtis menggantikannya, sangat bertekad untuk menaikkan nama artis berkulit hitam. Curtis cuba untuk menukar Jimmy Early menjadi penyanyi pop Perry Como-esque ("I Want You Baby"), dan menumpukan pada pembentukan Dreamettes sebagai kumpulan mereka sendiri, menukar nama mereka kepada The Dreams, menukar gaya mereka agar lebih canggih serta berketerampilan dan mempunyai nada yang mesra irama pop. Antara perubahan yang paling penting adalah pengambilan Deena sebagai penyanyi utama, dan bukannya Effie. Effie geram dengan perubahan statusnya dalam kumpulan tersebut. C.C. meyakinkan dia untuk bersetuju dengan rencana Curtis ("Family"). The Dreams telah muncul buat pertama kalinya di Crystal Room di Cleveland, Ohio, menyanyikan single pertama mereka, "Dreamgirls". Setelah selesai sebuah persembahan yang begitu berjaya, pihak media ingin bertemu dengan bintang-bintang yang baru dilahirkan itu (Sidang Akhbar). Curtis memberitahu Deena bahawa ini merupakan "Permulaan": "Saya akan jadikan kamu wanita paling terkenal di dunia," tegas Curtis, apabila Effie yang dihina bertanya "Bagaimana dengan saya?" Selama beberapa tahun berikutnya, The Dreams mencapai kejayaan utama dengan single popular seperti "Heavy." Apabila Deena semakin diraikan sebagai bintang, Effie menjadi emosional dan tak dapat diduga. Dia menuduh Curtis dan Deena menjalinkan hubungan. Lorrell berusaha untuk menjaga hubungan di antara ahli kumpulan, tapi ianya terbukti mustahil.

  Pada tahun 1967, kumpulan tersebut- kini dikenali sebagai Deena Jones and the Dreams – telah merancang untuk membuat kemunculan pertama di Las Vegas. Namun, ketika Jimmy singgah untuk melawat gadis-gadis itu ("Drivin' Down the Strip"), dia mendapat tahu dari ahli kumpulan yang lain bahawa Effie telah tidak membuat persembahan kerana sakit (hal ini kemudiannya mendedahkan bahawa dia mengandungkan anak Curtis). Curtis dan Deena yakin bahawa dia sedang cuba untuk mensabotaj persembahan. Curtis menggantikan Effie dengan penyanyi baru, Michelle Morris, perubahan yang Effie telah mendapat tahusebelum sesiapa berkesempatan untuk memberitahunya. Effie bersemuka dengan Curtis, CC, dan kumpulan ("It's All Over"), tetapi meskipun Curtis tertarik dengan keperibadiannya ("And I Am Telling You I'm Not Going"), Effieyang patah hati ditinggalkan apabila Deena Jones dan Dreams maju ke hadapan tanpanya ("Love, Love Me Baby").
     
     
Pelakon : Cheryl Samad - Deena Jones
Azura Zainal - Lorelle Robinson
Ruzana Ibrahim - Michelle Morris
Elvira Arul - Effie White
Tony Eusoff - Curtis Taylor Jr.
Indi Nadarajah - Marty
Dafi - C.C White
     
Tempahan/Pembelian Online : www.airasiaredtix.com
Hotline : 03 – 8775 4666
     
Maklumat Lanjut :

Broadway Academy (M) Sdn Bhd
No. 66-2 & 66-M,
Pusat Perdagangan Kota Damansara,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Tel: 03-6142 2601 / 6142 2622

E-mail: info@broadwayacademy.asia

Website: www.broadwayacademy.asia

     
 Etika Penonton