2000

 
2000

JUDUL

SINOPSIS

Siti di Alam Fantasi

 

Siti di Alam Fantasi mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong serta angkuh.

Siti Zubaidah

 

Siti Zubaidah, isteri kepada Sultan Zainal Abidin (puteri negeri Iraqan Kastan yang tidak mendedahkan identitinya yang sebenar) tidak disukai oleh Permaisuri (Bonda Sultan Zainal Abidin). Siti Zubaidah seorang isteri yang taat dan berusaha menyelamatkan suami tercinta daripada tawanan Maharaja Cina. Dengan keazaman seorang wanita yang cekal, berani dan perkasa, Siti Zubaidah akhirnya berjaya menyelamatkan Sultan Zainal Abidin.

Tun Perak

 

Tun Perak nama yang berperanan besar dalam sejarah perkembangan dan kemasyhuran Melaka. Tun Perak bergelar Bendahara Paduka Raja, bernaung setia dan berkhidmat mulia kepada empat Sultan dalam kerajaan Melayu Melaka sejak tahun 1446 sehingga 1511. Beliau seorang pemimpin rakyat yang berkarisma tinggi, bijak menyusun strategi peperangan,berpegang teguh pada janji setia dan semangat kemelayuannya kental dijiwa. Perpaduan bangsa dan kesetiaan pada raja, amat diutamakan.

 

2002

 
 

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 

Pementasan ini adalah penghargaan dan penghormatan terhadap semangat patriotik, pengorbanan dan kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Teater patriotic ini dipersembahkan sempena perayaan Hari Kebangsaan 2002 dengan penampilan lebih daripada 100 pelakon.

 

Mukasurat: 1  2  3  4  

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms