Laman Utiliti

  Tema Latarbelakang
       Latarbelakang asal Latarbelakang 1 Latarbelakang 2 Latarbelakang 3
  Saiz Teks
imej_hurufkecil imej_hurufbesar imej_reset imej_suara
  Warna Tema
Tema Biasa Tema Hitam Tema Biru Tema Coklat


Konsert Analoque
imej_toxtToSpeech imej pencetak imej envelop = ikon PDF

 


  

 

Tajuk : Konsert Analoque’ - Ana Rafali & Monoloque
       
Produksi : GLAM ROK ENTERPRISE
       
Kategori : Muzik
       
Tempat : Lambang Sari, Istana Budaya
       
Tarikh : 19 Disember 2010 (Ahad)
       
Masa :

3:00 – 5:00pm
8:45 -10:45pm

       
Sinopsis :

  Konsert ‘Analoque’ - Ana Raffali & Monoloque merupakan sebuah konsert akustik istimewa yang menggabungkan sepasang adam & hawa terunik dewasa ini,  iaitu Ana Raffali dan Monoloque. Konsert dijadualkan akan berlangsung pada 19 disember, 2010 di Lambang Sari, Istana Budaya. Dua pertunjukan dalam satu hari iaitu pertunjukan pertama akan berlangsung dari jam 3:00 - 5:00 petang dan pertunjukan kedua akan bermula pada jam 8:45 – 10:45 malam.

  

  Ana Rafalli seperti biasa akan diiringi oleh pemuzik pengiring The Marhaens yang didukungi oleh gabungan otai dan yang sedang meningkat naik, antaranya Aidit Alfian, GG, Geeka, Pito, Rohnie dan Nazrin. Manakala Monoloque dibarisi oleh Loque (tunjang utama), Kadax, Loko, Ijoo dan Adam. Sejarah mengetahui bahawa mereka ini jugalah merupakan pejuang Buterfingers yang cukup gah itu.


  

 

   Perjalanan konsert ini amat menarik untuk dinikmati. Hampir 30 buah lagu akan dipersembahkan oleh kedua insan berbakat istimewa ini. Dimulakan oleh Monoloque yang akan mempersembahkan gabungan lagu-lagu lama dan baru dari zaman kegemilangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Biduan R.Azmi, zaman emas Butterfingers hinggalah eksperimentasi Monoloque hari ini. Tiada Kata Scantik Bahasa, Mengapa Riang Ria, Rindu Dendam, Cuai, Tentang2, Chenta, Jika Aku seorang Robot merupakan cebisan dari karya agung yang akan dipersembahkan pada hari konsert nanti.

  

   Selepas berakhirnya persembahan Monoloque, Ana Raffali pula yang akan tampil. Ana akan menyampaikan lebih kurang 15 buah lagu, antaranya Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Tolong Ingatkan Aku, Cuba Jangan, Dan Biarkan Kau Terlepas, Ketika Aku Kecil dan lain-lainnya selain dari medley lagu-lagu ‘cover’ Melayu dan Inggeris yang digubah mengikut tekak Ana Raffali.


  

 

   Kemuncak konsert ini adalah apabila kedua artis ini akan bergandingan untuk menyampaikan 2 buah lagu berhantu ketika ini iaitu ‘Kekanda Adinda’ dan ‘Kalau Berpacaran’ selain sebuah lagu bonus yang diberi sentuhan baru oleh Monoloque iaitu ‘Doa Buat Kekasih’ (nyanyian asal Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim).


  

 

   Aspek penting lain persembahan seperti dekorasi pentas, pentacahayaan dan juga sistem bunyi adalah amat penting. Kain hitam dan kemungkinan kain bercorak samada batik atau songket akan menjadi backdrop pentas. Permaidani juga akan digunakan untuk menutupi lantai pentas. Bagi menambah nilai artistik konsert, kami bercadang akan menggantungkan lampu ayam dan burung kertas yang berwarni warni di atas flying bar. Begitu juga dengan taburan pasu bunga dan bunga di sekeliling pentas.


  

 

   Dari aspek sistem bunyi pula, kami akan mengunakan sistem RCF yang terbukti sebagai sistem terbaik untuk konsep ‘indoor’. Sistem ini dapat menghasilkan satu bunyi yang bersih, bersesuaian dengan konsep akustik konsert ini. Dari aspek penatacahayaan pula, seperti biasa, kami akan menyediakan ‘par can’, ‘citi colour’, ‘washer’, ‘moving head’ dan peralatan-peralatan penting lain dalam penatacahayaan, termasuk juga penggunaan ‘follow spot’. Tenaga kerja kami yang sememangnya berpengalaman dalam penganjuran konsert di negara ini akan menyelenggarakan keseluruhan aspek-aspek penting ini.


  

 

   Ayuh, panjangkan langkah, buka kuda-kuda, mari kita berpencak di Istana Budaya dalam Konsert ‘Analoque’ – Ana Rafalli & Monoloque.


  

 

   Kami percaya, satu lagi tinta, satu lagi lembaran, satu lagi temasya akan bergema di Istana Budaya…


  

 

     
Tiket : RM59
     
 Etika Penonton
   

 

Bookmark and Share
Paparan : 671
Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 Disember 2010