Soalan Lazim

 

1. Apakah peranan Istana Budaya?

Istana Budaya merupakan sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang berperanan sebagai sebuah venue pementasan teater, muzik dan tari tempatan dan antarabangsa.

 

2. Apakah etika menyaksikan persembahan di Istana Budaya?

Pakaian - Smart Casual. Audien tidak dibenarkan memakai selipar, seluar pendek, seluar sukan, baju-T (kecuali berkolar), jeans lusuh dan koyak.
Had umur – 6 tahun dan ke atas (kecuali teater kanak-kanak dibenarkan 4 tahun dan ke atas).
Tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman ke dalam panggung.
Maklumat lanjut: http://www.istanabudaya.gov.my/web/guest/etika-penonton

 

3. Berapakah harga tiket menyaksikan persembahan di Istana Budaya?

Harga tiket kebiasaannya antara lingkungan RM50 – RM500 berbeza mengikut keputusan yang ditentukan oleh pihak penganjur/produksi.

 

4. Di manakah / bagaimanakah untuk membeli tiket persembahan?

Tiket-tiket menyaksikan persembahan di Istana Budaya boleh dibeli di kaunter Box Office Istana Budaya (waktu operasi: Isnin-Jumaat 9.00 pagi – 6.00 petang, dan Sabtu 9.00 pagi – 1.00 petang) atau pembelian secara online melalui ejen-ejen tiket terpilih iaitu www.ticket2u.biz, http://redtix.airasia.com/, http://www.ticketpro.com.my/, www.ticketcharge.com.my/ (tertakluk kepada syarikat yang dilantik oleh penganjur/produksi).

 

5. Adakah terdapat diskaun untuk pelajar, warga emas, dan oku?

Diskaun-diskaun tersebut ditentukan oleh pihak penganjur/produksi.

 

6. Bagaimanakah prosedur untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Istana Budaya?

Pihak sekolah/IPTA/S/organisasi perlu menghantar surat permohonan dengan menyatakan tarikh, masa dan bilangan pelawat menerusi faks (03-40265552) atau emel kepada shapee@istanabudaya.gov.my atau boniface@istanabudaya.gov.my dan menunggu maklumbalas sebelum mengadakan lawatan.

 

7. Bagaimanakah untuk menjadi Artis Tari/ Artis Budaya dan Pemuzik di Istana Budaya?

Pihak Istana Budaya akan mengadakan uji bakat/temu duga terbuka dari semasa ke semasa dan akan dimaklumkan melalui portal ini dan facebook Istana Budaya.

 

8. Apakah prosedur untuk mengadakan persembahan di Istana Budaya?

Pihak penganjur/produksi perlu datang ke Istana Budaya untuk mendapatkan borang permohonan melalui Unit Perhubungan Awam dan kembalikan semula ke unit tersebut berserta dengan cadangan konsep persembahan (proposal) dan profil syarikat. Permohonan hendaklah setahun awal sebelum tahun cadangan membuat persembahan.

 

9. Bagaimanakah prosedur untuk menjalani latihan industri/praktikal di Istana Budaya?

Pelajar perlu menghantar surat permohonan berserta resume menerusi faks (03-4025 5975) dan emel kepada harttzery@istanabudaya.gov.my atau menghubungi Unit Latihan (03-40265538).

 

10. Apakah prosedur untuk menemubual untuk membuat kajian di Istana Budaya?

Pelajar perlu menghantar permohonan dan keterangan mengenai kajian tersebut menerusi faks (03-40255975) atau email kepada harttzery@istanabudaya.gov.my atau menghubungi Unit Latihan (03-40265538).

  CARIAN PERSEMBAHAN/PROGRAM   




mymobile
mysms