Menu
.

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Laman Cempaka

Laman ini dipenuhi rimbun cempaka kuning yang berkembangan saban pagi pada musimnya. Ruang ini juga digunakan untuk sebarang aktiviti-aktiviti sukan yang dianjurkan oleh Kelab KERIS.

Orkestra/Koir
Sut rasmi, batik atau kemeja lengan panjang.

Teater
Kemas, sopan dan bersesuaian.

Tidak Dibenarkan Memakai
Seluar jeans yang lusuh/koyak, kemeja T berkolar bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar.

Peringatan Penting

  • Penyambut tetamu Istana Budaya berhak menghalang sesiapa sahaja yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut daripada menonton persembahan. Program yang dijadualkan bakal berubah tanpa notis awal.
  • Tiket yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar.
  • Penonton mesti berada di tempat duduk 15 minit sebelum persembahan bermula.
  • Penonton yang lewat akan dibawa ke bilik menunggu sebelum dibenarkan masuk ke auditorium pada masa yang sesuai.
  • Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam auditorium kecuali bagi produksi khusus untuk kanak-kanak.
  • Hanya bagi persembahan matinee sahaja, kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dibenarkan masuk dengan syarat ditemani oleh orang dewasa. Bayaran akan dikenakan untuk menonton.
  • Kamera dan sebarang alat rakaman tidak boleh dibawa masuk tanpa kebenaran Pengurusan Istana Budaya.
  • Telefon bimbit dan alat kelui hendaklah dimatikan sewaktu memasuki auditorium.
  • Merokok, membawa makanan dan minuman ke dalam auditorium adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  • Penonton dinasihatkan supaya menjaga barangan berharga. Istana Budaya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap barangan tersebut.

Penonton Yang Terlewat
Semua persembahan akan dimulakan tepat pada waktu yang dijalankan. Penonton yang lewat tidak akan dibenarkan masuk sehinggalah tibanya waktu yang bersesuaian. Kakitangan kami akan membawa mereka yang lewat ke tempat duduk.

Istana Budaya tidak hanya menyajikan persembahan, tetapi ia juga memberikan layanan mesra korporat dan pembinaan imej kepada komuniti perniagaan. Di Istana Budaya, kemudahan untuk layanan mesra korporat disediakan dalam bentuk ruang khusus korporat yang terletak di Balai Hadapan auditorium. Dengan memberikan tajaan, sesebuah syarikat akan menikmati pendedahan imej korporat secara mendalam, keistimewaan tiket dan juga kemudahan hiburan korporat yang eksklusif. Istana Budaya juga menawarkan pelbagai peluang pemasaran bagi sesebuah syarikat dalam meneguhkan profail dan jenama korporat, memberikan pilihan yang kreatif dan menghiburkan dalam mengangkat nama sesebuah organisasi, juga membawa teater kepada komuniti perniagaan.

Peluang tajaan, yang disediakan khusus untuk membina imej korporat, boleh diubah mengikut kepentingan sesuatu perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Awam
Tel : 603-4026 5545
Faks : 603-4026 5552
E-mel: info@istanabudaya.gov.my

W3C