Menu
.

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Membuat Tempahan

MEMBUAT TEMPAHAN

Box Office
Istana Budaya,
Jln Tun Razak
50694 Kuala Lumpur
Tel : 603-4026 5558
Faks : 603-4026 5552
E-mel : boxoffice@istanabudaya.gov.my

SYARAT – SYARAT JUALAN TIKET

Tempahan Tiket

Tiket yang ditempah melalui telefon, faks atau di kaunter perlu diambil dan dibayar dalam masa tiga hari selepas tempahan dibuat. Tiket-tiket yang telah ditempah sekiranya tidak diambil pada masa dan waktu yang ditetapkan akan terbatal dan Istana Budaya berhak menjualnya semula.

Bayaran

Bayaran adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). Cek tidak diterima. Pembelian menerusi telefon dengan menggunakan kad kredit dibenarkan. Bayaran tambahan RM1.50 dikenakan ke atas setiap tiket (sama ada dengan kad kredit atau pembelian terus di kaunter).

Konsesi

Potongan harga tiket sebanyak 20 peratus diberikan kepada warga tua (55 tahun ke atas), orang kurang upaya dan pelajar (dengan kad pelajar yang sah) untuk produksi terbitan Istana Budaya sahaja. Sila hubungi Box Office terlebih dahulu untuk mengetahui konsesi tersebut.

“Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada Box Office segala keperluan anda sewaktu membuat tempahan atau membeli tiket”

WAKTU OPERASI

Kami memberikan anda perkhidmatan yang baik dan mesra setiap kali anda mengunjungi Istana Budaya.
Jika ingin menyaksikan acara atau persembahan, anda boleh membuat tempahan melalui telefon atau boleh datang ke Box Office kami. Waktu beroperasi Box Office adalah seperti berikut:

Isnin – Jumaat : 10.00 pagi – 6.00 petang
Sabtu – Ahad : 10.00 pagi – 6.00 petang
Hari Pementasan : 10.00 pagi – 10.00 malam
 Cuti Umum :
Tutup
2.00 petang – 10.00 malam (jika ada pementasan matinee)

* Waktu Urusan tersebut adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

KAUNTER TIKET


Maklumat sedang dikemaskini

BOX OFFICE


Berikut merupakan senarai agen jualan tiket-tiket persembahan.

Agen jualan tiket tertakluk kepada penganjur / syarikat produksi

Air Asia Red Tix
MyTicket
GoTickets
Ticket Charge
W3C