Menu
.

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Puspanita

LATAR BELAKANG

PUSPANITA atau nama singkatannya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahlinya.

Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggungjawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT). Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.

Di samping pembentukan perlembagaan, PUSPANITA telah berjaya menambahkan keahlian dari tahun ke tahun dan kini mempunyai lebih daripada 80,000 ahli. Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya.

Selaras dengan itu, PUSPANITA IB atau nama singkatannya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia Istana Budaya telah ditubuhkan pada tahun 2010 setelah Istana Budaya dengan rasminya diiktiraf sebagai sebuah Jabatan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan. Persatuan ini terdiri daripada isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat Jabatan. Kini, selepas pertukaran Kementerian, Puspanita Istana Budaya secara rasminya telah bergabung dengan Puspanita Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada 2013. PUSPANITA IB telah mencapai seramai 80 orang keahlian seumur hidup terdiri daripada kakitangan dan isteri kakitangan Istana Budaya.

AKTIVITI-AKTIVITI PUSPANITA ISTANA BUDAYA 2015

TARIKH PROGRAM TEMPAT
15- 19 Jan 2015 Misi Bantuan Banjir ke Kelantan dan Pahang Kelantan & Pahang
29 Jan 2015 Mesyuarat Agung PUSPANITA 2015 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Panggung Sari, Kraftangan
05 Feb 2015 Mesyuarat Agung PUSPANITA Istana Budaya 2015 Bilik Mesyuarat Aras 1 Istana Budaya
10 Feb 2015 Program Senam Tari berbatik Sarung dan Bicara Kesihatan Muzium Tekstil Negara
13 Feb 2015 Mesyuarat AJK PUSPANITA Istana Budaya bil.1/2015 Bilik Mesyuarat Aras 1 Istana Budaya
26 Feb 2015 Mesyuarat AJK PUSPANITA KPK Bil. 1/2015 Bilik Mesyuarat Aras 11 KPK
11 Mac 2015 Seminar Tahunan Kesihatan PUSPANITA ‘Stay Strong, Live Long, Fitness For Life’ Dewan Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya
18 Mac 2015 Mesyuarat AJK PUSPANITA KPK Bil. 2/2015 Bilik Mesyuarat Aras 4 KPK
19 Mac 2015 Mesyuarat Persediaan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Ke-33 Bilik Mesyuarat PUSPNITA Keabngsaan
25 Mac 2015 Ladies Night ‘Hollywood Stars’ PUSPANITA Kebangsaan Puspanitapuri, Putrajaya
26 Mac 2015 Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA ke 33 Dewan Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya
29 Mac 2015 Program Memancing Jalinan Mesra Jabatan Muzium Malaysia Kolam Muzium Diraja (Istana Negara)
03 April 2015 Ceramah Stevia ‘Sihat Dari Sumber Semulajadi Auditorium, Balai Seni Visual Negara
04 April 2015 Bengkel Fotografi Acara Anjuran KPKM Hotel Vistana Kuala Lumpur
11 April 2015 Car Boot Sales Laman Santai

 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi

Facebook

W3C