Menu
.

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Orkestra Remaja Kebangsaan (ORK)

PENGENALAN

ORKESTRA REMAJA KEBANGSAAN (ORK) merupakan salah satu Program Asuhan Seni di bawah Pusat Pemuzik Muda  (PPM), Istana Budaya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Kegiatan OSR di bawah PPM bermula pada tahun 1983, di mana ketika itu ia dikenali sebagai Orkestra Simfoni Muda di bawah naungan Kementerian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.Kini, OSR disertai sejumlah 60 orang remaja di bawah pimpinan Mayya Musaeva yang juga berperanan sebagai Konsert Master, Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Penubuhan Orkestra Simfoni Remaja (OSR) telah bermula daripada Program Pemuzik Muda dibawah naungan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1977. Ianya bertujuan memberi peluang pendidikan muzik kepada golongan remaja di sekitar Lembah Klang yang berminat dalam bidang muzik, khususnya alat muzik orkestra. Di samping itu, ianya juga sebagai persediaan ke arah penubuhan sebuah orkestra simfoni bertaraf kebangsaan. Hasil daripada program ini, Orkestra Simfoni Muda (OSM) telah ditubuhkan di bawah pimpinan Abdul Fatah Karim dan dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke 8 bertempat di Auditorium Besar Angkasapuri, Kuala Lumpur dan menjadi asas kepada penubuhan Orkestra Simfoni Remaja (OSR).

Seterusnya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah melaksanakan program tersebut sehingga melahirkan Orkestra Simfoni Muda kedua di bawah pimpinan seorang konduktor muda iaitu Nasran Nawi. Orkestra ini dianggotai seramai 70 pemuzik yang berusia 6 hingga 25 tahun dimana semua aktivitinya dilaksanakan di Kompleks Budaya Negara, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1998, DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong ke 10 telah melancarkan orkestra tersebut secara rasmi bertempat di Panggung Eksperimen, Kompleks Budaya Negara. Aktiviti Orkestra Simfoni Remaja ini kemudiannya telah berjalan lancar hingga ke hari ini berpusat di Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dibawah program Asuhan Seni. Program ini dipimpin oleh Konsert Master Orkestra Simfoni Kebangsaan iaitu Mayya Musaeva.

 OSR

OBJEKTIF

  • Membuka ruang pendidikan/latihan kepada golongan remaja yang berminat di dalam muzik bercorak Orkestra.
  • Meningkatkan tahap disiplin dan daya keyakinan diri pemuzik golongan remaja dalam persembahan orkestra sebagai satu bentuk motivasi serta dorongan untuk maju dalam bidang muzik.

SASARAN

 Program ini disasarkan kepada individu yang berumur 6 tahun ke atas.

W3C