Menu
.

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Temuduga Terbuka Jawatan Artis Budaya Gred B17 (Kontrak)

Permohonan adalah dipelawa daripada semua kaum warganegara Malaysia yang berkelayakan, berbakat dan mempunyai daya kreativiti bagi mengisi jawatan Artis Budaya di Istana Budaya. Temuduga terbuka ini akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh         :         29 MAC 2015 (AHAD)
Tempat       :         BILIK SERI NILAM, ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR
Masa           :         9.00 pagi – 1.00 tengahari

Syarat Lantikan:    Calon hendaklah memiliki syarat kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh temuduga jawatan
  3. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang tarian dan nyanyi
  4. Mempunyai rupa paras yang menawan dan badan yang ramping
  5. Ketinggian 165 cm dan berat 52 kg bagi wanita, 170 cm dan berat 61 kg bagi lelaki

Lain-lain kemudahan    :

  1. Berpeluang membuat persembahan ke luar negara dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
  2. Pengangkutan, kediaman dan makan/minum disediakan jika bertugas di luar pejabat

Sila bawa bersama sijil dan dokumen yang diperlukan semasa temuduga iaitu:

  1. Resume Kerja dan gambar saiz paspot
  2. Salinan Kad Pengenalan ; dan
  3. Sijil Peperiksaan (SPM, PMR atau SRP), Sijil Berhenti Sekolah (asal), serta lain-lain sijil kemahiran bakat yang berkaitan sahaja.

 

calon-calon yang telah mendaftar dengan SPA dan memenuhi syarat turut dijemput hadir manakala calon yang belum mendaftar dikehendaki mendaftar nama mereka di spa.gov.my

Hanya calon yang sesuai dan menepati kriteria sahaja akan diujibakat dan ditemuduga

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi no. Talian 03-40265555

 

 

 

W3C