Panggung yang saiznya lebih kecil berbanding dengan Panggung Sari. Ia terletak di sebelah kanan Panggung Sari. Panggung ini sesuai untuk persembahan produksi-produksi kecil dengan kapasiti 281 orang penonton pada satu-satu masa. Pentasnya adalah berbentuk arena dengan keluasan lantai 500 meter persegi.
Sewa
Lambang Sari boleh disewa oleh syarikat penganjur acara dan promoter komersial dengan tawaran perkhidmatan dan kemudahan yang berpatutan.
Kadar Sewa
1. Setiap persembahan – RM1,000
2. Persiapan dan latihan setiap hari – RM500
Kadar sewaan adalah termasuk peralatan teknikal, tenaga kerja dan perkhidmatan penyambut tetamu (mengikut bilangan yang bersesuaian dan tertakluk kepada persetujuan Ketua Pengarah).
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Unit Perhubungan Awam
Tel : 03-4026 5545
Faks : 03-4026 5552
E-mel: info@istanabudaya.gov.my atau unitpr.ib@gmail.com