Menu
.Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Panggung Sari

Panggung ini mampu menempatkan seramai 1410 orang pada satu-satu masa, iaitu 785 orang (termasuk 98 kerusi di pentas orkestra) di Balai Sari Penghadapan (Stalls) yang terletak di tingkat 1, 323 orang di Balai Sari Utama (Grand Circle) di tingkat 2, serta 302 orang di Balai Sari Peninjau (Upper Circle) di tingkat 3.

Sewa

Panggung Sari boleh disewa oleh syarikat penganjur acara dan promoter komersil dengan tawaran perkhidmatan dan kemudahan yang berpatutan.

Kadar Sewa

1. Setiap persembahan  – RM15,000

2. Persiapan dan latihan setiap hari – RM2,250

Kadar sewaan adalah termasuk peralatan teknikal, tenaga kerja dan perkhidmatan penyambut tetamu (mengikut bilangan yang bersesuaian dan tertakluk kepada persetujuan Ketua Pengarah).

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Unit Perhubungan Awam
Tel : 03-4026 5545
Faks : 03-4026 5552
E-mel: info@istanabudaya.gov.my atau unitpr.ib@gmail.com

Pengguna boleh memuat turun maklumat mengenai teknikal spesifikasi disini.

  • Hanya syarikat penganjur tempatan yang boleh mengadakan persembahan teater, tari dan muzik di Istana Budaya. Penganjur dari luar negara perlu melantik syarikat penganjur tempatan yang bersesuaian untuk tujuan tersebut.
  • Pementasan persembahan di Istana Budaya perlu diakui bertaraf cemerlang dan berteraskan syarat-syarat berikut:
  1. Program pementasan selaras dengan dasar Kementerian dan berteraskan konsep 1Malaysia;
  2. Persembahan mengikut jadual dan gerak kerja yang ditetapkan;
  3. Persembahan di bawah naungan pengarahan profesional;
  4. Persembahan memaparkan latar, pakaian dan prop yang bersesuaian dengan fasiliti Istana Budaya;
  5. Persembahan mempunyai barisan penggiat seni yang berkebolehan memberi kesan keilmuan yang tinggi;
  6. Lakonan, tingkah laku dan tata cara berpakaian yang sopan serta penggunaan perkataan dan bahasa yang sesuai; dan
  7. Peka terhadap sensitiviti keagamaan, perkauman dan ketenteraman awam di Malaysia.
  • Dokumen wajib disertakan untuk permohonan persembahan:
  1. Borang Cadangan Produksi
  2. Sinopsis / Jalan Cerita / Konsep / Pendekatan
  3. Sejarah Ringkas Produkis
  4. Salinan Lesen / Surat Perjanjian / Kelulusan Kebenaran Hakcipta (sekiranya berkaitan)
  5. Profil Syarikat Penganjur
  6. Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Sijil Pendaftaran Persatuan
  7. Sijil Kementerian Kewangan Malaysia
  8. Pendaftaran GST (sekiranya berkaitan)
  9. Penyata Bank Syarikat Penganjur (3 bulan terkini)
  10. Bahan Sokongan – Cakera Padat / Video Cakera Padat / Pita / Buku Program / Keratan Akhbar / Majalah / Skor / Notasi Muzik / Skrip
  11. Surat Sokongan Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya / Kumpulan Teater atau Individu (sekiranya berkaitan)

 

BIL. JENIS BORANG MUAT TURUN
1. Borang Sewaan Panggung Sari
2. Borang Senarai Semak Cadangan Produksi
3. Maklumat Umum Mengenai Panggung Sari
3. Senarai Sewa dan Deposit Persembahan IB
  1. Umum

Panggung Sari merupakan pentas teater pertama di Malaysia yang dilengkapi sistem teknologi pentas yang moden. Panggung utama ini mempunyai tiga (3) tingkat yang memuatkan 1401 penonton.

  1. Permohonan

2.1   Setiap permohonan mesti menggunakan Borang Cadangan Produksi (boleh dimuat turun di Borang Permohonan). Borang tersebut wajib dikemukakan berserta dokumen iaitu profil syarikat, pendaftaran SSM, Sijil Kementerian Kewangan, pendaftaran GST, penyata bank (3 bulan berturut-turut), sinopsis/konsep pementasan dan sejarah ringkas syarikat produksi (seperti dalam Senarai Semak). Permohonan yang lengkap perlu diserahkan kepada Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya melalui emel info@istanabudaya.gov.my atau unitpr.ib@gmail.com

2.2 Persembahan daripada luar negara dan/atau membariskan artis luar negara hendaklah dianjurkan oleh syarikat penganjur tempatan. Setelah mendapat kelulusan daripada Istana Budaya, syarikat penganjur wajib mengemukakan permohonan kepada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), sebuah pusat setempat yang memproses kemasukan persembahan dan artis luar negara. Pusat tersebut boleh dihubungi di talian +603 8911 5356

2.3 Persembahan tempatan yang membariskan artis tempatan sepenuhnya adalah dikecualikan tertaluk kepada para 2.2, Persembahan tempatan dan juga luar negara hendaklah memohon lesen hiburan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Persembahan tersebut juga memerlukan lesen untuk menjual cenderamata dan mempamerkan kain rentang, billboard dan sebarang bentuk iklan yang dipamerkan di tempat awam. Lesen-lesen tersebut hendaklah dipamerkan di Kaunter Tiket Box Office sepanjang tempoh persembahan berkenaan.

2.4   Syarikat penganjur persembahan juga perlu memohon permit daripada pihak polis dan mendapatkan khidmat ambulans sepanjang tempoh persembahan.

  1. Sewaan dan Hasil Kutipan
3.1 Wang Pendahuluan Tempahan RM3,000.00
3.2 Persediaan (9:00 pagi – 5:00 petang)

(Bump-in, persediaan, latihan, preview)

*Caj tambahan dikenakan terhadap persediaan yang diadakan antara 6:00 petang – 9:00 pagi

RM 2,250.00

*sehari

3.3 Persembahan dan Matinee

*Tempoh maksimum untuk setiap persembahan adalah selama 2 ½ jam, termasuk rehat. Persembahan hendaklah bermula pada pukul 8:30 malam, matinee pada pukul 3.00 petang. Caj tambahan dikenakan terhadap persediaan yang diadakan sebelum atau selepas tempoh yang ditetapkan.

RM15,000.00

*setiap persembahan

3.4 Kutipan Hasil

*Selain daripada kadar sewaan di para 3, pihak penerbit juga boleh membayar penggunaan panggung kepada Istana Budaya berdasarkan kepada peratusan agihan kutipan hasil persembahan yang dipersetujui antara Istana Budaya dan syarikat penganjur.

Agihan Tempat Duduk Khas 

Istana Budaya berhak untuk diagihkan tiket khas bagi setiap persembahan untuk tempat duduk berikut:

  • Stalls Q13 – Q22 (10 tempat duduk)
  • Stalls R14 – R29 (16 tempat duduk)
  1. Panduan Penonton dan Etika Pakaian

Penerbit hendaklah memaklumkan panduan penonton dan etika pakaian seperti di Etika Penonton.

  1. Percetakan / Iklan

Sebarang bentuk bahan cetakan atau iklan persembahan hendaklah mengandungi logo rasmi Istana Budaya.

  1. Tiket

Syarikat penganjur hendaklah menggunakan khidmat ejen tiket yang bersesuaian dengan keperluan syarikat. Syarikat penganjur juga adalah dilarang untuk mencetak tiket atau pas percuma atau kad jemputan dan seumpamanya yang boleh digunakan sebagai kaedah untuk memasuki panggung tanpa kebenaran daripada ejen tiket rasmi yang dilantik.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada info@istanabudaya.gov.my

*Maklumat ini adalah tertakluk daripada perubahan tanpa notis.

Kod Pakaian
Kasual Kemas

Tidak Dibenarkan Memakai
Seluar jeans yang lusuh/koyak, kemeja T berkolar bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar.

Peringatan Penting

  • Penyambut tetamu Istana Budaya berhak menghalang sesiapa sahaja yang tidak mematuhi peraturan daripada menonton persembahan.
  • Tiket yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar.
  • Penonton mesti berada di tempat duduk 15 minit sebelum persembahan bermula.
  • Penonton yang lewat akan dibawa ke bilik menunggu sebelum dibenarkan masuk ke panggung pada masa yang sesuai.
  • Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam panggung kecuali bagi persembahan khusus untuk kanak-kanak.
  • Hanya bagi persembahan matinee, kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dibenarkan masuk dengan syarat ditemani oleh orang dewasa. Bayaran akan dikenakan untuk menonton mengikut kadar yang ditetapkan oleh syarikat penganjur.
  • Kamera dan sebarang alat rakaman tidak boleh dibawa masuk tanpa kebenaran Istana Budaya.
  • Telefon bimbit dan sebarang alat komunikasi hendaklah dimatikan sewaktu memasuki panggung.
  • Merokok, membawa makanan dan minuman ke dalam panggung adalah dilarang.
  • Penonton dinasihatkan supaya menjaga barangan berharga. Istana Budaya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap barangan tersebut.

Penonton Yang Terlewat
Semua persembahan akan dimulakan tepat pada waktu yang ditetapkan. Penonton yang lewat tidak akan dibenarkan masuk sehingga waktu yang bersesuaian.

W3C