Menu
.Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

Istana Budaya

zaiton

Puan Zaiton Md Desa

KETUA PENGARAH ISTANA BUDAYA

Alhamdulillah segala  pujian bagi Allah swt dan salam junjungan besar Nabi Muhammad saw.

 

Sesungguhnya tahun 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi Istana Budaya.  Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah menjejaskan kehidupan masyarakat di seluruh dunia.  Kerajaan Malaysia dengan tegas, telah mengambil langkah berani dalam mengekang penularan pandemik tersebut dengan melaksanakan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) mulai 18 Mac hingga 31 Ogos 2020.  Situasi ini bukan sahaja menjejaskan pergerakan sosial dan aliran ekonomi, malah turut membantutkan aktiviti seni di Malaysia.

 

Pelbagai aktiviti seni seperti persembahan teater dan konsert terpaksa ditangguh atau dibatalkan.  Adalah dijangkakan tempoh Covid-19 akan terus berpanjangan.  Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar pandemik Covid-19 ini akan berakhir dan aktiviti seni boleh dilangsungkan seperti sedia ada.  Secara positifnya, masyarakat kini dibiasakan dengan Normal Baharu dalam semua aktiviti seharian.  Penggiat seni pula dilihat telah membuka ruang baharu dalam memasarkan hasil seni masing-masing.  Mereka, sama ada secara bersama atau individu, berusaha mengoptimakan kebergunaan kepelbagaian aplikasi media dalam memastikan kelangsungan hasil seni mereka.

 

Melalui inisiatif pihak MOTAC, Istana Budaya turut mengambil pendekatan baru dalam membangun dan merancakkan kembali aktiviti seni.  Antaranya program seni atas talian, pembelajaran atas talian (tutorial) dan pemberian insentif kepada penggiat seni yang terbabit.  Penggalakkan secara berterusan menggunakan medium interaktif secara maya, dijangka akan menjadi kelaziman baru dalam seni persembahan.

 

Justeru itu, Istana Budaya yakin dengan kerjasama semua pihak, sama ada penganjur, penggiat seni, aktivis mahu pun khalayak seni, akan bersama-sama  berganding bahu meningkatkan martabat seni persembahan di Malaysia.

 

In shaa Allah, Istana Budaya pasti akan kembali mewarnai persada seni persembahan tanah air.

 

Sekian, wassalam.

W3C