Orkestra Tradisional Malaysia

ISTANA BUDAYA

Pengenalan

Pembangunan muzik tradisional telah mendorong kepada penubuhan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM). OTM beridentitikan masyarakat majmuk negara ini dari segi kemanusiaan dan muzikal, yang mana budaya pelbagai kaum menjadi teras, dengan mengekalkan fungsi dan identiti muzik asli dan warisan. Pemilihan genre dan gubahan muzik akan menyatukan ciri-ciri keaslian muzik warisan ini dalam satu gabungan yang penuh dengan nilai estetika dan keasliannya. Penubuhan OTM adalah selaras dengan hasrat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum melalui seni muzik.

Penubuhan OTM merupakan usaha berterusan oleh KPKK melalui Istana Budaya, bagi menstrukturkan semula ahli muzik tradisional pelbagai kaum dan etnik serta menjadikan kepelbagaian peralatan muzik tradisional Malaysia bertaraf antarabangsa dan profesional, setanding dengan orkestra simfoni barat. Usaha ini menyokong idea Gagasan 1Malaysia yang diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, iaitu menyemarakkan keharmonian kaum melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. OTM turut menggabungkan ahli muzik handalan dari Professional Cultural Center (PCC) dan Temple of Fine Arts (TOFA). Gabungan ini memaparkan dan mengungkapkan perpaduan dan semangat setiakawan di kalangan rakyat berbilang kaum.

OTM dilihat sebagai pemangkin revolusi muzik Malaysia di abad ke-21. Ia berteraskan muzik pelbagai kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Orang Asli, Sabah dan Sarawak. Gabungan pelbagai genre muzik ini adalah diharap dapat dijadikan satu landasan kepada suatu konsep muzik baru rakyat Malaysia yang bersatu di abad yang mendatang.

OTM telah dilancarkan secara rasminya oleh YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pada 06 Februari 2010 bertempat di Panggung Sari Istana Budaya.

Visi Dan Misi

  • Menghasilkan identiti kesenian muzik negara Malaysia yang unik.
  • Menggalakkan keharmonian di antara masyarakat berbilang kaum Malaysia melalui aktiviti muzik.
  • Menyuburkan semangat perpaduan di antara masyarakat berbilang bangsa Malaysia.
  • Menggalakkan masyarakat supaya lebih menghargai kesenian tradisional tempatan.
  • Menaikkan imej KPKK sebagai pusat kebudayaan yang bersifat kebangsaan dan sentiasa peka dengan perubahan semasa.
  • Memartabatkan seni warisan negara di peringkat tempatan seterusnya di peringkat antarabangsa.
SEBUT HARGA KERJA-KERJA PENGGANTIAN PANEL LED OUTDOOR DI TUGU ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 12 MINGGU
SEBUT HARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA NON KOMPREHENSIF BAGI SISTEM MEKANIKAL SERTA LAIN-LAIN KERJA PENYELENGGARAAN DI BANGUNAN PANGGUNG DAN PENTADBIRAN, ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 12 BULAN
IKLAN PENGAMBILAN AHLI MUZIK GRED B41 DAN B29 (LANTIKAN SECARA KONTRAK - CONTRACT OF SERVICE) DI ISTANA BUDAYA TAHUN 2024
SEBUT HARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA KOMPREHENSIF BAGI LAPAN (8) UNIT LIF DI BANGUNAN PANGGUNG DAN PENTADBIRAN, ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 36 BULAN
NOTIS PEMBATALAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA KOMPREHENSIF BAGI LAPAN (8) UNIT LIF DAN NON KEMPREHENSIF BAGI SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN SERTA LAIN-LAIN KERJA PENYELENGGARAAN DI BANGUNAN PANGGUNG DAN PENTADBIRAN, ISTANA BUDAYA BAGI TEMPOH 12 BULAN
Pelancaran Program 2023 Istana Budaya
Sulur Nakasari (23 & 24 Julai 2022)
Konsert Lagu Rakyat (25 - 26 Mac 2022)
Majlis Pelancaran Program 2022 Istana Budaya

Skip to content