SOALAN LAZIM
Istana Budaya
Download Safari
Download Chrome
Download Firefox
Download IE 10+
Istana Budaya
Istana Budaya merupakan panggung negara yang mempunyai dua buah panggung untuk pementasan iaitu Panggung Sari dan Lambang Sari. Panggung Sari merupakan panggung utama yang boleh memuatkan 1413 penonton manakala Lambang Sari adalah “black box” yang boleh memuatkan 281 penonton serta sesuai untuk pementasan berskala kecil.
Istana Budaya dibuka secara rasmi pada tahun 1994 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Istana Budaya berkeluasan 5.44 hektar dengan ruang lantai yang berukuran 21,000 meter persegi.
Harga tiket ditentukan oleh syarikat penganjur setiap persembahan dan anggaran harga tiket adalah antara RM20 – RM1,500 bergantung kepada jenis persembahan.
Istana Budaya dilengkapi dengan kemudahan untuk mereka yang berkerusi roda, termasuklah laluan ke ruang legar, lif berbutang rendah dan tandas OKU.
Untuk persembahan Orkestra dan Koir, anda perlu memakai ‘lounge suit’, baju Batik atau kemeja lengan panjang. Bagi persembahan teater dan tari pula, anda perlu mengenakan pakaian kasual kemas. Seluar jean lusuh, t-shirt leher bulat, pakaian yang terlalu terdedah, seluar pendek, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan.
Terdapat banyak ruang parkir percuma di sekeliling bangunan Istana Budaya.
Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :
Unit Perhubungan Awam
Istana Budaya
No. Telefon : 03-40265549/03-40265560
No. Fax : 03-40265552
Atau ajukan soalan anda di sini:
Aktiviti
Pengumuman