Menu
.Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Pengenalan

Sejarah

Sejak tahun 1964, Kementerian Penerangan dan Penyiaran serta Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Masyarakat telah mengemukakan cadangan untuk membina Pusat Kebudayaan Negara Malaysia. Cadangan tapak awal adalah di Lembah Pantai yang terletak antara Pusat Penyiaran Malaysia dan Universiti Malaya.
Pusat Kebudayaan Negara ini dirancang untuk mewujudkan kompleks kebudayaan yang merangkumi komponen lain iaitu Muzium Sejarah,  Balai Seni Lukis Negara, Planetarium Negara, Panggung Utama, rangkaian restoran dan pusat membeli-belah barangan seni budaya.
Pada tahun 1971, Kongres Kebudayaan Kebangsaan membuat perancangan dan perbincangan mengenai penubuhan Panggung Negara. Hasilnya, pada tahun 1972, Kumpulan Budaya Negara (KBN) ditubuhkan di bawah Cawangan Penggalakan Kesenian, Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), dan bergerak secara amatur.
Pejabat KBN terletak di Wisma Keramat namun semua kegiatan dilaksanakan di sebuah rumah di Jalan Ampang sehingga penghujung tahun 1973, KBN berpindah ke Kompleks Budaya Negara di Jalan Tun Ismail yang merupakan lokasi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) hari ini.
Bermula 1974, KBN mula aktif secara profesional di bawah Cawangan Pembangunan Kesenian, Bahagian Kebudayaan, KKBS namun tumpuan lebih terarah kepada seni tari dan seni muzik tradisional. Kemudian, pada tahun 1982, Orkestra Simfoni Muda (OSM) ditubuhkan dan 1992, Kumpulan Koir Kebangsaan ditubuhkan pula.
Seterusnya pada 1993, pembinaan Panggung Eksperimen (ET) di Kompleks Budaya Negara bermula dan pada tahun yang sama juga, OSM dinaik taraf menjadi Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang dilancarakan pada 28 Ogos.
Pada tahun 1994, Panggung Eksperimen (ET) dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia keempat ketika itu, YABhg Tun Mahathir Mohamed. KBN pula menjadi Bahagian Panggung Negara di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (KKKP). Pada tahun yang sama, pembinaan Panggung Negara direalisasikan bermula dengan kerja-kerja penetapan tapak tanah, pemilihan reka bentuk bangunan dan perancangan kewangan.
Pembinaan ET, berserta kewujudan Auditorium Tunku Abdul Rahman di Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) di Jalan Ampang adalah suatu percubaan untuk mendapatkan pengalaman mentadbir sebuah Panggung Negara pada masa akan datang.
Pembinaan Panggung Negara Malaysia bermula pada Julai 1995 dengan melibatkan kos berjumlah RM210 juta yang meliputi 5.44 hektar dan keluasan lantai 21,000 meter persegi. Sejurus pembinaannya siap pada 1 Disember 1998, pentadbiran Panggung Negara berpindah ke premis tetap di Jalan Tun Razak. Setahun kemudian, pada tanggal 15 September 1999, sejarah tercipta apabila Panggung Negara dengan rasmi dikenali sebagai Istana Budaya.

SENIBINA

ISTANA BUDAYA

Keunikan Senibina

ISTANA BUDAYA

depan-dewan-s

Keunikan senibina ISTANA BUDAYA bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan Melayu. Dilihat dari atas, bangunan ISTANA BUDAYA berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula seperti sirih junjung – lambang pemula upacara yang sering digunakan di dalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu.

Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama – serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Tangga untuk ke Panggung Sari berkonsepkan tangga tradisional rumah Melayu Melaka

Keluasan Panggung

Istana Budaya

depan-dewan-s3

Panggung Sari mampu menempatkan 1413 orang pada satu-satu masa, termasuk 809 orang (124 orang di Ruang Orkestra jika tidak digunakan) di Balai Sari Penghadapan di tingkat satu. Manakala Balai Sari Utama boleh menempatkan 312 di tingkat dua dan 292 orang di Balai Sari Peninjau di tingkat tiga. Kesemua tempat duduk adalah bernombor. Lampu kecil di lantai memudahkan para penonton mengenalpasti tempat duduk mereka.

Panggung Sari

ISTANA BUDAYA

depan-dewan-s2

Laluan masuk utama ke Panggung Sari melambangkan pintu masuk utama ke Balairong Seri Istana Kesultanan Melayu di Zaman Silam. Lobi teater di tingkat tiga menyerupai rekabentuk rebana ubi – gendang tradisional Melayu. Sebaik sahaja anda berada di dalam Panggung Sari, anda seakan-akan berada di dalam istana di zaman silam. Anjung orang kenamaan di kanan dan kiri mengambil konsep jendela rumah Melayu.

FAKTA MENARIK

Keluasan Panggung

Panggung Sari

Balai Sari Penghadapan (Tingkat 1)

Balai Sari Utama (tingkat 2)

Balai Sari Peninjau (tingkat 3)

W3C