Artis Tari adalah kumpulan profesional seni persembahan daripada Istana Budaya, ia terdiri
daripada 47 penari dan 25 pemuzik tradisional (Okestra Tradisional Malaysia). Semasa
penubuhannya pada tahun 1972, kumpulan ini terdiri daripada 20 penari dan dikenali
sebagai Kompleks Budaya Negara (KBN). Selama bertahun-tahun, ia telah berkembang
menjadi sebuah unit kreatif yang memberikan prestasi yang gah dan mengagumkan. Pada
tahun 1998, nama KBN diubah menjadi Artis Tari Istana Budaya dan ia telah menjadi salah
satu kumpulan seni persembahan terbesar di Malaysia sejak itu.
Kemahiran para pemuzik tradisional didalam menghasilkan lagu-lagu untuk persembahan
telah membuka jalan bagi kolaborasi synergetik antara Artis Tari Istana Budaya dan
Orkestra Tradisional Malaysia. Kolaborasi ini berajaya menghasilkan pelbagai persembahan
seperti drama tarian, teater muzik, bangsawan dan teater tradisional makyong. Kerjasama
juga adalah satu perkara yang penting didalam persembahan tarian rakyat, kerajaan, tarian
etnik dan kontemporari.
Artis Tari adalah sebuah unit di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan
Kebudayaan. Unit ini juga sering diundang untuk mengambil bahagian didalam festival seni
bagi tujuan mempromosikan budaya dan warisan kebangsaan di dalam dan luar negara.
Selain itu, unit ini juga terlibat didalam Citrawarna Malaysia, Festival Kraf Antarabangsa
Kuala Lumpur, Festival Tari ASEAN, Festival Ramayana, Internationale Tourismus-Borse
Berlin, Minggu Malaysia dan Travel Market di London. Sehingga kini, Artis Tari telah tampil
membuat persembahan lebih daripada 60 buah negara.
Aktiviti
- Konsert “New Normal”
- KONSERT KEMBARA KITA RAMLI SARIP & ELLA.
- Korupsi Dewan Semandung
- NSO Plays Epic Themes
- Siti Di Alam Fantasi
- Bengkel Ikatan Samping Dan Tengkolok
- PAWANA ISABELLA
- 3rd Malaysian Golden Globe Award
- Festival Kesenian Balik Pulau
- Lawatan Timbalan Menteri Pelancongan Republik China Ke Istana Budaya
- Majlis Rumah Terbuka Malaysia 2019 (21 – 22 Jun 2019)
- MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI MOTAC 2019 (14 JUN 2019)
- Concert Of China Hebei Cultural
- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Apresiasi Pesara Istana Budaya (24 April)
- Konsert Amal Lagenda 80an
- Hadrami Music : Hope Out Of The Deep Pain
- Lawatan YBhg Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Ke Bangunan Panggung Istana Budaya (15/4/2019)
- Soul Sisters (5 – 6 April 2019)
- Ella Unplugged (29 – 30 Mac 2019)
- Festival Gamelan Istana Budaya (25 – 27 Mac 2019)