Menu
.

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Istamuzika

TENTANG ISTAMUZIKA

PENGENALAN

Kumpulan muzik Istamuzika terdiri daripada pemuzik tradisional professional yang terbahagi kepada dua Kumpulan iaitu Kumpulan Muzik Tradisional, yang menjurus kepada muzik tradisional seperti asli, gamelan, caklempong, wayang kulit, paluan dan ghazal dan kumpulan yang kedua ialah Kumpulan Muzik Kombo yang bergabung dengan pemuzik tradisional untuk menghasilkan muzik kreatif atau kontemporari. Istamuzika mempunyai 25 orang pemuzik yang berjawatan tetap dan kontrak. Antara kejayaan kumpulan Istamuzika ini adalah memenangi 13 pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini Istamuzika bernaung di bawah pengurusan bahagian muzik di Istana Budaya.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan kumpulan pemuzik ini adalah untuk mengiringi persembahan tarian dan Artistana di dalam dan di luar negara juga untuk mengisi persembahan majlis-majlis rasmi kerajaan yang dihadiri oleh tetamu-tetamu negara. Di samping persembahan di majlis-majlis rasmi, kumpulan muzik ini juga berperanan untuk mempromosikan Malaysia melalui muzik tradisional.

VISI / MISI

  • Memartabatkan muzik tradisional Malaysia melalui persembahan yang bertaraf antarabangsa.
  • Mempertahankan warisan muzik tradisional melalui program yang terancang.
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dan keunikan muzik tradisional.
W3C