Menu
.Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK)

Pengenalan

Sejarah Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bermula pada tahun 1989, apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia telah melantik seramai 17 Ahli Muzik Profesional sepenuh masa sebagai asas kepada penubuhan orkestra tersebut. Pada tahun 1993, OSK telah pun dilancar secara rasmi oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ketika itu.

Semenjak dilancarkan pada 28 Ogos 1993, OSK telah mengadakan pelbagai corak persembahan selaras dengan kehendak semasa, dalam dan luar negara. Selain memainkan lagu-lagu klasikal barat, opera, ballet dan muzikal, orkestra ini juga sentiasa mendapat perhatian apabila banyak mengiringi artis-artis terkemuka tanah air seperti Yuna, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Wings, Jamal Abdillah Jaclyn Victor, Stephen Rahman Hughes dan ramai lagi, Selain itu, OSK turut dijemput untuk menjayakan konsert ternama seperti “Harry Potter and the Philosopher’s Stone in Concert 2017″, “Distant Worlds” dan banyak lagi.

Antara persembahan OSK di luar negara adalah di Esplanade, Singapura (2003), Tokyo dan Osaka, Jepun sempena “Asia Orchestra Week 2004”. Hubungan erat OSK dengan Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Kedutaan Asing menjadikan populariti OSK meningkat dan orkestra ini turut menerima pimpinan dari konduktor undangan terkenal dunia.

Kini, OSK dianggotai seramai 41 Ahli Muzik profesional sepenuh masa dibawah pimpinan Datuk Mustafa Fuzer Nawi. Selain itu, khidmat tenaga pemuzik bebas profesional tempatan dan luar negara sering diundang bagi mengisi keperluan persembahannya.

mynsoib@gmail.com

Pengarah Muzik/Konduktor

Datuk Mustafa Fuzer bin Nawi

Pengarah Muzik dan Konduktor

Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia

Dilahirkan di Ipoh Perak pada tahun 1960, Datuk Mustafa Fuzer menerima pendidikan awal bermain biola daripada Datuk Abdul Fatah Karim. Beliau menyambung pelajaran dalam bidang Violin Performance di Hochschule fuer Musik und Theater, Hannover, Jerman selama lima tahun (1986 – 1991) dengan Prof. Oscar C. Yatco. Sekembalinya di Malaysia pada 1993, beliau dilantik sebagai Concert Master Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia (OSK) sehingga 1997.

Sepanjang tempoh tersebut, Datuk Mustafa Fuzer terlibat aktif dengan pelbagai persembahan orkestra dan muzik kamar, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan Camerata Kuala Lumpur dan The Suria String Quartet. Beliau juga mendapat peluang menjelajah kota-kota di Jerman dan Perancis apabila dijemput menyertai Kolner Kammerorchester di bawah Helmut Mueller-Bruehl pada 1996.

Pada 1997, Datuk Mustafa Fuzer menerima Geran Kebudayaan daripada Kementerian Kebudayaan, Seni dan Pelancongan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Conducting (Orchestra & Choral Conducting) selama dua tahun di Conservatorium Hogelschool Enschede di Holland.

Datuk Mustafa Fuzer dilantik sebagai Pengarah Muzik dan Konduktor Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia (OSK) pada tahun 1999 dan telah menerima banyak penghormatan untuk kerja-kerja seni beliau di Kuala Lumpur. Rentetan kejayaan beliau, Datuk Mustafa Fuzer dilantik sebagai Konduktor dan Pengarah Muzik untuk Festival Piano Antarabangsa yang merupakan program kolaborasi bersama Yayasan Seni Berdaftar di Istana Budaya selama lima musim bermula tahun 2000 hingga 2004.

Selain itu, beliau juga telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai konduktor untuk Lyric Opera Malaysia, opera Puccini’s Tosca yang merupakan opera pertama dipentaskan di Istana Budaya pada Julai 2003 dan Franz Lehar’s Merry Widow pada 2004.

Datuk Mustafa Fuzer juga pernah berkerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) selain daripada persembahan OSK di Esplanade, Singapura, di ASIAN Orchestra Week di Tokyo dan Osaka, Jepun dan bersama Sarajevo Philharmonic Orchestra di Bosnia pada tahun 2004. Selain itu, OSK di bawah pimpinan beliau telah banyak mengiringi persembahan artis terkemuka tanahair seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Ahmad Jais, Anuar Zain, Ella, Amy SEARCH dan kumpulan WINGS.

Kepakaran beliau dalam bidang biola dan kepimpinan orkestra dikenali umum maka, beliau seringkali dijemput untuk mengajar di universiti dan kolej muzik di seluruh negara. Beliau telah mendidik dan menjadi mentor kepada ramai pemuzik muda terutamanya pemain biola yang kebanyakannya telah menjadi ahli OSK dan beberapa orkestra utama di Kuala Lumpur.

Padaa 2008, Datuk Mustafa Fuzer telah dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dan pingat Panglima Mangku Wilayah (PMW) yang membawa gelara Datuk pada Februari 2018 untuk jasa dan sumbangan beliau dalam bidang seni muzik Malaysia.

Bermula 2010 hingga April 2018, Datuk Mustafa Fuzer dilantik sebagai Pengarah Muzik dan Konduktor untuk program PERMATA SENI MUZIK (PSM) yang merupakan program khas untuk kanak-kanak yang berbakat.

NSO Malaysia 25th Anniversary Concert

Kandungan sedang dikemaskini.

Visi & Misi

Kandungan sedang dikemaskini.

Pencapaian

Kandungan sedang dikemaskini.

Keratan Akhbar & Wawancara

Kandungan sedang dikemaskini.

Susunan Orkestra

Strings

  • First violin
  • Second Violin
  • Viola
  • Violincello
  • Double Bass

Woodwinds

  • Piccolo
  • Flute
  • Oboe
  • Clarinet
  • Bassoon

Brass

  • French Horn
  • Trumpet
  • Trombone
  • Tuba

Timpani

Percussion

Harp

W3C