Menu
.Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Siti Di Alam Fantasi (21 – 26 November)

Istana Budaya

MEMPERSEMBAHKAN

Siti Di Alam Fantasi

Siti seorang gadis yang cantik tetapi sombong. Bapa Siti, Tuan Malim, meraikan hari jadi Siti dengan meriah. Tiba-tiba datang satu bayang besar mencuri geliga keturunan keluarga Siti. Akibatnya, Rumah Tuan Malim dan semua tetamu menjadi kaku. Mamat, anak tukang kebun, diberi amanah untuk menjaga dan membantu Siti dalam mencari geliga. Gergasi Batu memberitahu bahawa kekayaan mereka datang daripada tuah geliga. Jika tidak menjumpai geliga yang hilang, kelak akan papa kedana tujuh keturunan. Kemudian Gergasi Batu menelan Siti dan Mamat, dan mereka memulakan pengembaraan. Mereka berjumpa Pokok yang turut menyertai mereka dalam mencari geliga.
Mereka bertemu dengan sekumpulan lipas. Selepas bertanya arah, Ketua Lipas berpesan jalan ke kanan jangan ke kiri. Namun Siti yang sombong tidak mendengar kata dan berdegil untuk mengikut jalan ke kiri. Seekor sesumpah sudah menunggu untuk memakan mereka. Mereka berlari dan berjumpa dengan Bayan yang patah kepak. Siti tidak berbelas kasihan terhadap Bayan, dan hatinya yang jahat dan sombong menyebabkan Siti berbunyi keldai.
Mereka meneruskan perjalanan dan bertemu dengan Si Kelip Api yang mengorbankan lampunya kepada Siti sebagai penyuluh jalan.
Seterusnya mereka berjumpa dengan Ulat Bulu yang ponteng sekolah, dan dihukum campak ke sarang Ratu Labah-labah. Siti kemudiannya diculik oleh Ratu Katak yang memaksa Siti untuk berkahwin dengannya. Permaisuri-permaisuri Katak marah dan mencampakkan Siti ke dalam laut. Di dalam laut, Siti berjumpa dengan Ratu Duyung. Ratu Duyung memberitahu pencuri geliga ialah Lipan! Maka berlakulah pertarungan antara Siti dan Lipan.
Berkat kawan-kawan yang setia, Siti berjaya mendapatkan semula geliga. Bayan telah terkorban, begitu juga dengan Sesumpah yang menyelamatkan Siti daripada disengat Lipan. Siti melepaskan Sesumpah daripada sumpahan dan berubah menjadi Putera Raja semula. Akhirnya semua kembali kepada sedia kala. Pengalaman mengajar Siti untuk berhati mulia. Siti menyedari bahawa “Selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang. Kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selamanya.”

Penganjur : Istana Budaya
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Jenis : Teater
Tarikh : 21 – 26 November 2019
Masa :  8.30PM
Harga Tiket : RM38 – RM108
Tiket Online : https://airasiaredtix.com/tickets/teater-siti-di-alam-fantasi-istana-budaya#tab-tickets
Hotline : 03-4026 5555
W3C