Menu
.Menu

We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Makyong ‘Raja Besar Maha Gading’ (11 – 13 Oktober)

Istana Budaya

MEMPERSEMBAHKAN

makyung
Penganjur : Istana Budaya
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Jenis : Teater Tradisional Malaysia
Tarikh : 11 – 13 Oktober 2019
Masa :  8.30pm
Harga Tiket : RM57. RM77, RM97, RM107 & RM157
Tiket Online :  https://airasiaredtix.com/
Hotline : 03-40265555
Sinopsis : Kisah bermula apabila Raja Besar Maha Gading menyuruh Wak Nujum menilik nasib anak-anaknya seramai tujuh orang, untuk menentukan siapa yang boleh menggantikan tempatnya untuk memerintah di dalam negeri tersebut. Setelah diberitahu hanya Raja Bongsu sahaja yang boleh menggantikan tempatnya, maka anak-anak yang lain menaruh perasaan dendam dan merancang untuk membunuh Raja Bongsu. Setelah membuat tipu-helah Raja Bongsu dibawa ke padang luas dan dicampak ke dalam telaga. Nasibnya baik kerana telah diselamatkan oleh Tok Peraih Sireh dan mempelawa tinggal bersama di pondoknya. Raja Besar dan isterinya begitu sedih semenjak kehilangan Raja Bongsu.
Raja Besar mendapat tahu dari pengasuhnya bahawa ada Raja baru yang tinggal di hujung kampong dan sangat terkenal dengan sifat baik hati dan kaya raya, lalu menyuruh pengasuh menjemput Raja baru itu mengadap beliau untuk berkenalan. Raja Besar terkejut apabila melihat rupa paras Raja baru itu, kerana berasa ada sesuatu yang di rahsiakan. Raja besar bertanya asal-usulnya. Dengan tidak berselindung, Raja Bongsu memberitahu siapa dirinya yang sebenarnya dan juga tentang adik beradik yang ingin membunuhnya.
Apabila mendengar cerita kejahatan anaknya yang lain, Raja Besar begitu marah dan berhasrat untuk menghukum keenam-enam anaknya itu tetapi dihalang oleh Raja Bongsu dengan syarat mereka tidak boleh menjadi raja untuk memerintah negeri. Kesudahannya, Raja Bongsu ditabalkan menjadi raja.
W3C